August 12, 2010

Mata Memang Untuk Melihat, Gigi Bukan Untuk Mengigit

Semalam adalah hari kebosanan di ofis. Mengapa?? Kerana aq adalah sudah lost tak tau nak buat apa. Padahal mata adalah sudah kuyu dari pagi lagi. Hanya dpt dibuka dengan keluasan beberapa darjah je.. agaknye lebih kurang 25° je kot. Tu mujur kalo 25°..silap2 berupaya nak buka 2.5° je..haha..u with your excuses

Dah konon-konon boring x tau nak buat apa tu kan aq pon gi la jumpa En.Wiki untuk mendapatkan ilmu. Aq mmg suka betol kat En.Wiki ni..ape aq nak tau semua die boleh cerita.sgt berinformasi.

Mula-mula aq carik jawapan terhadap kemusykilan aq pasal buta warna. Aq pon type la ‘colour blindness’. Nah!! Smpi 18 pages kuar pasal buta warna ni. Aq pon baca la ape yg patot kan..pick sana sini ape yg aq nak tau..yg ianya aq nak tau ape yg diorg nmpak je..aq dok piker..xkan la kan diorg nmpak black & white je macam cerita P.Ramlee dulu-dulu..yang lain nye aq x baca sgt pon. Pasalnya En.wiki ni kerek..dok nak ckp omputeh je..penat la aq nak paham..jadi bile aq dah baca tu tau la aq yg diorg yg buta warna ni x boleh nak differentiate kan sesetengah colour. Xdala smpi nampak hitam putih je. Nak info lebih pasal buta warna ni korang En.Wiki je la ek. 24/7 dia available..

Lpas tu la kan masih boring lagi sebab x berapa menarik sgt issue buta warna ni. Jadi cuba lg mencari soalan nak ditanya kepada En.Wiki.

Fikir punya fikir punya fikir...terlintas kt kepale nak tanya En.Wiki pasal dentistry. Aq pon type la beberapa terms dental yg pernah aq ingat2 Dr.Tee sebut kat aq dulu.

Antaranye:
• Internal Resorption
• Crown, bridges, dental implant
• Root Canal Treatment

En.Wiki punyer info mmg sangat berguna. Buat aq lebih faham apa yg aq dh tau sikit2 sebelum ni. Aq dengan kejamnya dh suruh Ili gi baca semua link2 di atas. Memang sedikit kejam sebab member tu dah la hyperstress wat BQ..aq lagi asak dia dgn mende2 saintific ni..hahaha

Alamak..tertiber rasa penat plak nak type..nanti la sambung Part II pasal gigi cerita semua experience aq dgn dentist..hehe

No comments: