September 21, 2010

Finally.....

finally, i've found it.

mom has been keeping this secret from me for 5 years i guess..she just dont want to make things worst at that time.

so, this is it..i finally found THE TIE..

in RED/MAROON colour.



Hand made by "1st September Neckwear"



when i looked at "1st September Neckwear" , then only i remember im the one who gave it to him but yet, i still cannot remember when i give it..hahaha..what to do..

September 8, 2010

Kuih Raya 2010

Lokasi : No.55 Jalan USJ 4/1A (Rumah Ili)

Masa : Sabtu, 4 September 2010

Agenda : Buat chocolate chip

pukul 8 masih bermalas-malasan.sambung tidur.ili ckp nak start buat pukul 9 lebih. ada mase lg.malas2 lagi.borak2 dengan sue n leeya. sekali tibe2 dapat call.nama auntie ena keluar..wah..cuak terus..ili suh gi beli barang buat kek.

gi tesco beli barang dengan aida.byk barang xde.lps tu teringat kedai BAGUS. gi sane semua barang ade.dh la tu.lagi murah..

sampi umah ili dah pukol 12 lebih..start la adun2 bahan2 nye..

x susah pon rupanya..hehe..

dapat 2 balang boleh balik umah..hehe..

Adunan


sebelum dibakar


setelah dibakar

September 7, 2010

Contact Lenses – Day 1

Tetengah kerja semalam tetibe dating feeling nak mengular. Time tu baru pukul 3.30 gitu. Aq pon turun la jalan-jalan kt corridor office terus menuju ke kedai spec mata. Lama dah berhajat nak masuk kedai tu. Tp macam segan-segan gitu. Macam nak x nak je gi tanya. So semalam bulat tekad aq gi masuk kedai tu. Tanya pasal contact lense. Uncle kedai tu being so nice explain segala bagai kat aq. Then dia amek spec aq. Dia tgk aq ade astigmatism iaitu dalam bahasa sanskritnya ‘Silau’. So aq need special species of contact lense. Yg special species ni mahal sket la dr species biasa.sekali ganda kot. Tp disebabkan aq baru nak try2 pakai, aq boleh la pakai yang species biase ni.

So aq beli 1 pair je dulu. Rm25 1 pair. Walaupun lain2 power.Belah Kanan = -1.50 belah kiri= -2.25 ..Boleh tahan tinggi gak la power tu..

Contact lenses RM 25 + Multipurpose solution =RM 8


Pagi ni lepas sahur & subuh aq teruskan berjaga..x mau tidur. Takut gak ‘Tragedi September’ semalam berulang kembali. (Tragedi bangun lamba, pukul 8.30 mencicit terjun dr katil)..haha

So, aq mandi siap2.solat, iron baju, tgk masa panjang lg..layan2 fb jap..tgk mase pon panjang lg. Lepas tu gi la sumbat baju dlm washing machine. Lepas tu baru la aq start mengigihkan diri pakai contact lense..siksa gak la mula2 nak masukkan lense ni..adoi..rase nak give up pon ade gak td..hehe..setelah agak dlm 15 minit baru la aq Berjaya memasukkan contact lense ke dalam mata kiri aq. And, mata kanan pulak another 15 minutes. Mencabar betol..

Lagi sejam setengah aq akan bukak la contact lense ni.sebab 1st day x boleh pkai lame2. 6 hours je katanya..need more practice la..kalo aq dah reti pakai boleh la nnt beli yg ada astigmatism punye..baru lebih clear focus aq...

September 6, 2010

Agenda Cuti Pre-Raya – Part 5 & 6

Part 5
Isnin - 30 Ogos 2010 (Rawang, Dataran Bluewave)


Jam 8.30 pagi - baru balik dari pasar. bersihkan ikan, n cuci sayur. sediakan bahan2 untuk memasak

Jam 10.00 pagi - berkira-kira untuk tidur. tapi x dapat-dapat. ibu call untuk bertanya perihal cat rumah

Jam 10.30 pagi - masih mengadap laptop sambil berbincang mengenai warna cat bilik tidur.

Jam 10.45 pagi - masih mengadap katalog cat yg telah di download

Jam 11.30 pagi - berasa hairan en.spidey belum menelepon. barangkali beliau sedang tidur lagi.

Jam 12.00 tgh hari - terpaksa mengejutkan beliau kerana perlu bergerak segera ke rawang

Jam 2.00 ptg - gerak ke Plaza masalam untuk hantar seluar untuk ganti zip,button & potong. Juga membeli kad raya..bohong sunat kt spidey kata masih bersiap.

Jam 3.00 ptg - Shah Alam dah jam??? pelik sungguh..tapi benar. bergegas mengambil Spidey.

Jam 3.30 ptg - bertolak ke Rawang. Spidey drive sbb aq punye mata dah x boleh nak bukak. tidur dengan nyenyak nye berbantalkan donkey. spidey drive dlm hujan lebat.

Jam 4.15 ptg - sedar2 dah sampai exit Bukit Beruntung. Terus gi umah ciknoi. hanar barang. borak2 dalam 10 minit & spidey sempat cek PC cousin.

Jam 4.30 ptg - sampai di bazar Ramadhan. cari lokasi gerai Roti John PakTam. Dok borak2 sambil tggu Paktam bakar roti. Ronda2 bazar cari Jelly kelapa.beli sikit makanan untuk Paktam n Atam dan amek 3 plastik roti john.

Jam 5.30 ptg - gerak ke umah acu di Sg.Buaya. solat asar. spidey meneruskan niat asal untuk test kerosakan PC zaid. main2 dgn dekya smbil tggu waktu berbuka.

Jam 9.00 mlm - bertolak balik ke S.alam.

Jam 9.30 mlm - Janji temu dgn Ili. amek dia di Puri Aiyu. melepak jap kat McD seksyn 9. sebab kitorang dah bukan student. McD sksyn 3 xnak terima kitorang.saje boikot parking penuh keta student. Spidey langsaikan janji pd Ili. 1 set of GCB..

Jam 11.00 mlm - balik Puri Aiyu. Ili pulak balik terus ke Subang. Cuba lelapkan mata. memang terus terlelap.

Jam 2.30 pg - Spidey kejut. tapi selamba terlajak bangun pukul 2.45. bukak mata luas2 untuk memasak makanan sahur. sangat gigih kan..hahaha

Jam 3.45pg - Spidey sampai dan bergerak ke Dataran Bluewave.

Jam 4.00 pg - ramai orang sebab myb lpas countdown merdeka terus lepak situ. dok borak2 sambil mata x brape bukak lagi. kasi spidey main gitar satu dua lagu bagi ini mata celik skit. lepas tu tambah lagi request lagu..hahaha..buli..buli..

Jam 5.00 pg - baru bukak bekalan makanan tetibe dgr kt masjid dah azan. cuak seketika. berkali2 tgk jam. betul baru pukul 5.lps tu baru teringat yang tu azan kejut sahur. ape lagi..makan la kan.

Jam 5.30 pg - siap makan.kemas2 buang sampah semua. spidey hantar balik. lepas solat subuh, terusla terido x sedar ape. sedar2 ili ada kat umah.

Part 6
Selasa - 31 Ogos 2010 (Merdeka, Subang Parade)

Jam 10.00 pg - masih membuta kot (x senonoh betul)

Jam 11.00 pg - Spidey didenda menghantar cuci kereta (xdela.mintak tolong je kan)

Jam 12.00 tgh hr - menuju ke Jusco Bkt Raja sekali lg. dpt baucer jusco RM100 dr cik noi.bkn untuk berbelanje sukahati ye. tapi kena tolong belikan baju raya untuk Cikmat. abesla....settle kat Bkt Raja dlm pukul 3.

Jam 3.00 ptg - nak gerak ke alam sentral.skali ko jalan jam x henggat.tukar plan.masuk federal balik gerak ke Subang Parade.gi subang parade sbnrnye satu tujuan je. nak gi Red Modani. tgk jam dah pkol 4. sampai je terus reserve tempat buka. bagi 1 round then solat asar.then tambah round lg. tibe2 terlalu kat Parkson Extreme Warehouse Sale. masuk dalam pusing2.sale abes. tambah sehelai lg baju utk ayah n along.

Jam 5.30 ptg - masa masih panjang. kasi tawaf lagi Subang Parade. end up beli 1 pair dkt red modani.

Jam 6.45 ptg - kaki dah letih. terus ke tempat makan.

Jam 7.45 ptg - keluar dr subang parade. gerak ke stesen petronas kat tepi federal. maghrib kt situ.

Jam 8.30 mlm - ke alam sentral. sebab nak tukar roll keypad.x best guna. last2 tukar dengan headpgone sonicgear n beli mini keyboard kat kedai lain.

see..i fixed it..keyboard laptop rosak.attach dgn extension mini keyboard.






Jam 11.00 mlm - gerak ke Pelita untuk bersahur. lepak2 dulu borak2 sampai pukul 12 baru amek nasik.

Jam 12.05 am - terima sms pertama dr Ili wish birthday.dapat kad.makan sambil reply sms.

Jam 12.30 pg - hantar spidey balik.ni malam last.esok sudah kena kerja.

September 5, 2010

Agenda Cuti Pre-Raya – Part 4

29 Ogos 2010 – Shopping with Dekwan & Nasi Ayam Kampung

Lepas balik dr Bangi malam tu semua stay overnite kat umah Puri Aiyu. Planning nak buat pillowtalk. Tapi masing2 mata dah separuh terpejam. Makanya cakap ngn bantal masing2 je la kan. Eah & Usyi balik terus ke rumah masing2 sbb diorang ada agenda sendiri awal pg tu.

Pagi tu, kitorang bermalas-malasan lagi.sekali ema dah bangun sebab dia nak siap2 balik Temerloh. Sue lpas piker 4 5 kali (45x kot dia piker) dia ikut ema balik Temerloh. Maka tinggal lah aq, Leeya & Asz. Bermalasan lagi. Aq pulak nak kena amek Dekwan utk bawak dia keluar beli seluar raya. Dah jadi rutin tahunan setiap kali raya kena bawak budak kecik ni shopping. Disebabkan nak kena amek dekwan sebelum pukul 12, so aq pon siap2 la cepat and terus gi amek dia. Leeya & Asz aq biar dulu diorang siap2. Lepas tu balik semula Puri Aiyu amek Asz & Leeya.nak kena hantar Asz ke komuter and Leeya ke Umah Idah sbb dia tumpang Eah balik kuantan. Drop asz kt KTM.lpas tu gi amek Spidey. Since eah x sampai2 lagi Shah Alam dr Ukay, so kitorang gerak dulu gi Bukit Raja.Sempat beli seluar and socks dekwan, Eah call ckp dah sampai.tinggalkan dekwan kt Bukit Raja & hantar leeya. Kenala babai2 leeya & Eah.

Petang tu kitorang berbuka kt Restoran Ayam Kampung.Restoran fevered aq gak la.bulan x puasa boleh kata almost weekend aq carik nasik kat sini. Menu aq makan setiap kali dating sini pon sama je.

Ayam Kampung Goreng

Dalca Terung


Sambal Belacan

Bendi rebus

Sepanjang bulan puasa ni aq dok carik kuih cek mek molek. X jumpa2. Makcik aq cakap orang Kelantan je buat kuih tu. Sekali arini aq dapat kat restoran ni.sebab restoran Kelantan. Rezeki..rezeki..siap boleh tapau free lg lpas berbuka tu..



Lepas buka hantar dekwan ke Masjid Negeri sebab dia ada program kat sana. Kitorang pon balik terus la. Tapi pagi tu pukul 3 keluar semula untuk bersahur kat pelita..ayam goreng gak lagi...berat ni..berat...

Lepas Sahur kitorang gerak ke pasar membeli barangan basah..best rupanya gi pasar pepagi ni..haha



September 4, 2010

Agenda Cuti Pre-Raya – Part 3

Sabtu – 28 Ogos 2010 (Alamanda, Village View & Surprise Birtday Party)

Setelah dipujuk Leeya pd malam hari sebelumnya aq bersetuju la untuk menghantar beliau ke UKM Bangi instead of hantar Commuter Station je. Maka agenda hari tu adalah menghantar Leeya ke UKM Bangi.

Actualy, kitorang dah planning nak meet up kat Alamanda untuk Boling Session sementara nak tunggu waktu berbuka. Kitorang planning nak berbuka kat Village View Restoran kat Bandar Baru Bangi. Disebabkan ramai yang x bawak kereta turun KL kali ni maka sesi pick up memick up telah diadakan.

Lepas hantar Leeya, aq, SMS & Spidey terus ke Alamanda. Ema dah ditugaskan untuk pick up diorang semua kat Komuter Serdang. Sampai2 je kat Alamanda dapat call dr Ema yg nak SMS teman dia pick up bebudak ni.takot diorg sampai lambat & dia bosan nanti.Alasan yang cukup bagus. Maka, tinggal la aq berdua je dengan Spidey terkontang kanting kat Alamanda tu kan. Kitorang pon xtau la nak buat apa. Jalan dari hujung sana ke hujung sini.dari 1 tingkat ke satu tingkat. Dari 1 kedai ke 1 kedai kitorang masuk. Dari jalan berlenggang sampai tangan dah penuh. X jugak diorg ni sampai. Rasanya dah naik Haji n Hajah dah kitorang 2 ni tawaf Alamanda tu.

Pukul 6 diorang msg x boleh dating pulak sebab nak kena gi amek handphone Ema yg tercicir. Kitorg x tau jalan nak ke Village View. Mujur ada Asz n kakak dia. Diorang tau jalan. Banyak gak la tragedy yg jd sebelum kitorang Berjaya nak sampai Village View tu. Dengan asz x ingat jalan nak balik ke Alamanda untuk amek aq, dengan confuse jalan sampai tanya kat balai polis, dengan tersalah branch nye. Ktitorang berempat buka puasa dalam keta.mujur ade air dlm botol sikit.boleh la wat syarat berbuka.kalao x harus dah kene korek hidung jam2 tu jugak.haha.

Bila sampai Village View muka aq pon dah ketat.dah pkol 8.40 mlm.xmakan ape2 lagi.masing2 x brani nak cakap ape. Sampai je aq terus duduk and makan.macam orang x makan sebulan. Nasik tambah semua abes aq tibai.bila piker balik buruk betul perangai.x cover lansung. Padahal bf kat sebelah.haha. bila about time je aq abeskan nasik aq. Tertiber rasa ade sesuatu datang dari belakang. Rupanya sue n ema dating bersama-sama sebiji kek sambil ramai2 nyanyi lagu Happy Birthday kat aq..terkesima seketika.rasa2 marah & lapar tadi hilang terus. (memang dah x lapar dah tibai nasik 2 pinggan td kan)

Teardrops..teardrops..terharu..

Diorang ni..selama 1 minggu ni aq memang tertipu dengan lakonan diorang. Komplot baik punya. Sampai aq x sedar lansung. Siap terasa2 lagi adalah. Semua play diorg punye part very well walaupun diorg cakap plan asal x menjadi. Switch ke plan B & C. Patotla Spidey dok sibuk2 sms je.ingat kan office dia ke pasal dia ni cuti2 pon oncall manjang.mengalahkan doctor. And paling best sepanjang hari tu aq dok usung hadiah birthday aq dlam keta.sikit pon aq xtau.aq gi bawak diorg ke umah sue utk amek balik hadiah yg tertinggal tu aq pon xtau.paling x tahan leeya siap tunjuk sms yg xde kena ngena dgn hidup mati just to distract aq from nampak sue bawak keluar hadiah tu. & yang paling nyampah aritu adalah en.spidey. kept asking boleh ke dia ikut nak gi berbuka tu..rasa nak hangin dah aritu.dari semalamnye asik tanye.sampai malas nak jawab.rupa2nya dia berlakon je.hampas betol..

Acara memotong...







Lovely Presents from them..




To uollZzz..i love u guys so much. thanks for the party and thanks for the friendship. im rich enough because i own this "SHIP"

p/s:kalo ili ade skali time tu boleh tambah kemeriahan suasana.

btw birthday aq ni disambut awal oleh mereka semua sebab diorang ade weekend je utk celebrate, weekdays masing2 sibuk dgn kerja & class. & diorg pon bulan semua dok KL..

September 3, 2010

Agenda Cuti Pre-Raya – Part 2

Jumaat – 27 Ogos 2010 (Baju Raya Hunting Session + Intekma)

Hunting session kitorang start lepas semayang Jumaat sebabnya en.spidey harusla menunaikan Solat Jumaat dulu. Walaupun dia dah jatuh ketegori musafir, tapi punyala banyak kan masjid2 kat shah alam ni. Maka beliau kenalah gi sembahyang Jumaat. Lagipon yang ianya aq punya mata bukan main payah benor nak buka pagi tu. Ater ko dah tido lepas sahur je..mau x mencanak nak celik kan mata ni.

Pukul 2.30 gi jemput en.spidey lepas t uterus kitorang head ke PKNS. Mana lagi nak tuju kan. Situ sah-sah dah berlambak orang jual kain baju. Dalam PKNS ya rabbi!! Hazabnya la kan..mcm berenang dalam lautan manusia. Punyala ramai orang. Tapi kitorang gagahkan gak la diri ni. Tahun ni dalam kepala aq nak sangat2 colour turquoise. So aq scanning yang colour turquoise je la kan. Pusing punya pusing x jugak dapat. Ada design dah cantik, saiz pulak x kena. Ada tu design kat leher dah berkenan, tapi ada pulok beading2 kat bawah baju..x berkenan sungguh. Hampir2 give up la. Give up dah pun sebenarnye. Asik x da saiz je kan. Ni payoh kalo ketegori saiz S (baju kurung saje ye) ni. Susah benor nak beli baju time raya. Last2 tu bila rase nak balik dah ternampak la satu baju ni tergantung. Molek benor dah la design nya. Tapi masa tu ramai pulak la yang dok try baju tu. Dalam hati ‘alamak, nanti sama la baju dengan orang tu’. Tapi bila piker balik..’la..ada aq keah?? Bukan nya aq kenal pon orang tu. Bukan nak beraya umah dia pon nanti’. So aq pon try la. Try2 memamg sedang molek. Saiz, colour, design semua berkenan di hati. Tp dalam pada tu dok tanya gak la kan harga dia berapa.takot la gak mahal kang x mampu pulak. So bila dah tanya harga dan rasa berbaloi kitorg pon membuat bayaran. Terus mood nak membeli dating kembali.

Tengok masa ada lagi ni sebelum nak berbuka. Kitorang terus kan dengan pencarian baju melayu en.spidey pulak. Ha!! Yang ni melampo senang la kan. 1 round settle. Masuk 1 booth, try 1 baju je. Terus beli. Ye! Baju lelaki design dia xda pelik2 jadi xde la pening2 nak mencari.

Hasil buruan di PKNS


Kitorang sambung sikit lagi dengan mencarik butang baju melayu. Lepas tu terus la kitorang gerak balik untuk solat Asar & bersiap nak ke Intekma.

En.Spidey telah berbesar hati untuk membelanja aq & dirinya sendiri berbuka di Intekma. Makanan ok. Best. Sedap. Two thumbs up!! Sebelum masuk berbuka ada tazkirah@ceramah ringkas drpd Ustaz Jemputan. Kaunter bayaran zakat pon ada diorang sediakan untuk siapa2 yang nak bayar zakat. Kitorang dapat meja betul2 kat tepi pool. Best la..angin sepoi2. Lepas tu ada pulak DJ serba boleh. Macam2 lagu dia nyanyi masa orang tengah makan. Kelakar pon ada. Tetamu pon boleh naik stage nyanyi or nyanyi dr meja sendiri. Boleh gak wat dedication lagu kat sape2. Dekat sini surau memang disediakan. Ok la.boleh tahan selesa. Cuma mungkin hadirin terlalu ramai. Macam x muat pulak nak tamping jemaah dalam satu masa.

Kambing Remp-it






Ececeh...


Lepas siap makan dalam pukul 9.30 dapat sms dr leeya ajak join diorang lepak kat Rasta TTDI. En.Spidey setuju so kitorang gerak amek diorang and terus ke sana. Rasta TTDI rupanya terleak berdepan dengan Restoran ***ri dalam entry Ili sebelum ni. Kitorang kata sana setakat borak and makan2 je..(makan lagi...haish!!)

Ternampak pelakon separa terkenal I*qram DinZ*ly dekat Rasta tu. Serabut sikit sebab dah ada misai segala. Tapi cam x berkenan je awek-awek yang semeja dengan dia tu. Asap berkepul sana sini..rosak..rosak..

Pkol 1 gerak balik rumah nak kena tidur sebab esok juga ada agenda.

September 2, 2010

Agenda Cuti Pre-Raya – Part 1

Khamis-26 Ogos 2010 (Ketibaan YB En.Spidey di Shah Alam)

Encik Spidey tiba tepat pada waktu yang dijangkakan. Molek-molek bas sampai aq pon sampai kt stesen bas tu. Amek En.Spidey dan terus angkut beliau ke Shaz Seafood Pdg. Jawa untuk makan malam aka berbuka puasa round 2. Ini adalah disebabkan beliau hanya sempat berbuka kuih muih saja ketika berada di dalam bas. Sampai je kat restoran tu tiber2 dengan tidak semena-mena perut terasa kenyang. Pelik jugak la sebab xde bisikan2 syaitan yang menghasut hati aq untuk mengoder makanan. (Syaitan kan kene ikat bulan puasa..lupe pulak)

Maka aq hanya lah mengorder air Jus Epal Almari saja mlm tu manakala En.Spidey telah mengorder nasik putih dan tomyam putih campur. Ha!! Pasal Jus Epal ALMARI ni..apsal ada almari?sebab sedap kah?sebab resepi baru kah?? Tidak..tidak sama sekali. Minuman tu aq namakan Jus Epal AALMARI sebab tiap kali aq menyedut minuman tu aq seolah terasa seperti meminum sesuatu yg ada rasa2 mcm kayu2 atau pun dah lama tersimpan dalam almari.ala2 bercampur dengan ubat gegat gitu. Sungguh la memutuskan selera. Ingat aq lipas ape boleh selera minum air rase ubat gegat..OH TIDAK!!!

Jus Epal Laici Perisa ALMARI


Lepas makan kitorg gi la jalan2 keliling kota. Main pusing2 x tau nak g mana. Kesudahannya kitorang drive sampai ke DJ sebab request dr En.Spidey nak tau kat mana office aq. Setelah satu dua round dekat DJ kitorang pon gerak balik la Shah Alam. Kita kasi en.Spidey rehat dulu la kan.dengan baju office x bertukar lagi. Mandi pon belom..haha..aq antar en.spidey ke Jalan Tembakul and aq gerak la balik ke rumah Sue. Borak2 + tidur wat seketika sementara menunggu waktu sahur kerana sudah janji sama en.spidey mahu bersahur bersama.

Sahur pagi tu sgt la mcm x best sebab dh x banyak kedai yg bukak. Kitorang end up makan kat satu kedai mamak ni. Entah ape la rasa makanan tu kan. Sue punya mee goring mamak, aq nasik goreng cina, spidey nasik goreng ntah..x ingat..haha..failed semua 3 3 rasa makanan tu.tp kitorang bedal je la. And sebagai penutup sahur dan nak hilangkan rasa mual2 loya kitorang lepas bedal makanan mamak td tu kitorang terus drive ke KFC berdekatan untuk topup mulut kitorang ni dgn fries n nugget..hamik kooooo.. 2x sahur kitorang pagi tu..

September 1, 2010

Grrrrrrrr!!! saje bikin orang marah

Aiyo!!!!!!

itu orang kan memang suka bikin orang marah...

tiap-tiap bulan pon itu macam...

she want to make things difficult...xpe2....kita kasi susah jugak..

bukan dengki..tp kasi ajar sikit sama dia...

wait n see ye....biar dia bukak mata dia besar2...