October 29, 2010

Gerak Lenggok Jari Jemari

34 perkataan

Speed test




korang juga boleh menguji kepantasan jari jemari korang menari di atas keyboard..cepat uji..tengok ligat ke x ligat..haha uji disini ye

October 28, 2010

Korangggggggggggggggg!!!!!!!!!!!!

Korang semua!!

cuba korang tgk blog aq ni..korang sasarkan mata korang ke ruangan tepi belah kanan..

bawah skit..skit lagi..

ops22...ops..jgn bawah sgt..naik ata skit..

skit je..

ha..nmpak dah kan??

perasan x ada mende baru kat ruang gadget aq..ha!! dah nampak sila la klik..dh klik sila tgk..dah tgk sila la kaji..dah kaji sila la buat keputusan bijak...

hehehe

mari la kita mebantu sesama manusia..

October 23, 2010

Uishhhhh!!!!!!!!! Kelas Gitu :p

Ha!!! ni ade story la sket..

malam semalam kitorg 'the ladies' dapat special treatment yg amat kelas gitu. mungkin biase kot bg sesetengah orang yang mmg high class. tapi bagi kitorg yg ala2 humble ni kan sgt la class n special.hehe.

ili dulu masa zaman-zaman remaja muda belia beliau telah menghabiskan masa cuti semester beliau menjadi crew gsc. so dia ada la special connection sket dgn gsc ni kan. so smlm kitorg yg comel-comel dan nakal ni (ili ckp la..) tumpang skaki la merasa. ili punyer bf..boy friend..bkn yg special tu tau..yg suam2 kuku je. hahhahaa..dia tu byk kali dh offer ili dtg tgk movie.skali semalam ili zrapp bwk kitorg gi. ibah tukang pilih cerita..ibah mmg kelas la..pilih cerita mmg mantap terbelit usus asik gelak je..lpas tu pilih pulak show kt gold class..mmg class abis la..sbelum2 ni just baca review org je pasal gold class kt Gardens. skali smlm rasa sendiri, jakun seketika..seketika ke??mcm smpi habis movie je jakun..haha

seat dia xyah cakap la kan. mcm kerusi Ogawa tu ha.cuma xde urut2 je.ade selimut tebal..bantal..jgn ckp mcm tgk kat umah,tgk kat umah pon x seselesa tu rasanya. tu kalo tutup mata mmg confirm tido la. tp ape kes la kan nak tido time movie.hehe.

kat gold class layanan istemewa.pop corn org anta kan.air semua.tp yg kurang best smlm pop corn dia je la.mcm kunyah kertas..kalo pakai gigi palsu mau lari dr platform dia kot.haha. overall mmg sgt memuaskan.happy sgt2 dgn cerita yg sgt mencuit hati,keselesaan yg sgt nyata.sesuai la dgn harga sebenar tiket tu kan.

abis movie tu kitorg nak gi makan kt muniSS2.skali ya rabbi..penuh la.parking mmg haraMpan la kan nak jumpa.tgk meja pon xde yg kosong. so kitorg tukar la makan kat gerai belakang umah nadiah n ibah. not exactly belakang la.tapi sgt dekat. makan mlm ni pulak dibelanja oleh k.faezah.dia berbesar hati nak membelanja kitorg.mayb sbb beg duit dia je kot yg masih kembung lg. iyalah..k.faezah skrg sedang ade misi besar..hehe..

so kesimpulannya, mlm semalam sgt happy la.."girls' night out".


p/s:entry ini tidak bergambar kerana xde gambar la.gambar ade kat ibah je.lpas tu dlm wayang xde gambar sbb gelap sgt2..tp percaya la semua cerita diatas adalah benar.bukan rekaan semata-mata

October 12, 2010

Percaturan Hidup

aduh!! 2 3 hari ni timbul satu perasaan dalam diri. rasa yang x sepatutnya menjengah dalam hati ni.

kenapa??

kenapa??

aq rasa x seronok kerja. rasa rindu kat rumah je. kat office mcm xda buat apa-apa. asyik dok belek-belek website. jumpa pulak tu website novel online. dah melekat kat situ. hati lansung xda nak buat kerja. workstation kat office mmg sgt strategik. terlindung dari penglihatan orang lain. mata memang la asyik melekat dekat penulisan2u.my. sampai terjebak membeli novel lagi secara online. 2 buah pulak tu. padahal semalam baru je membeli sebuah novel. baru abes beberapa bab saja. tapi x pela. harga belian online lebih murah berbanding di MPH. penghantaran percuma pula.

lagipon membaca kan jambatan ilmu. walaupun ada yang mungkin x dapat faham ilmu apa yang aq boleh dapat dari baca novel camtu.

memang waktu-waktu tengah bulan camni aq x banyak kerja kat office. kira macam tempoh bertenang aq la. tapi kali ni rasa dia macam nak menginjak ke tempoh bersara pulak dah. tapi aq nak buat apa kalau x jadi Qs. Jual cucur udang? jual samosa? haha..laku ke kalo aq jual? aq memang la rasa sedap je tapi orang yang nak beli tu..sekali lansung x boleh nak masuk tekak diorang. sapa nak jawab. kang sehari je menjual terus bungkus lipat gerai. lansung x balik modal. xpayah la. ngentikan je la angan2 tu. dok je diam-diam kat office ni ha.

kadang-kadang kita semua ada cita-cita & angan-angan yang tinggi yg dah tersedia tertanam dihati. tapi kadang-kadang semua tu kita boleh lupakan dalam sekelip mata saja tanpa ada siapa-siapa mahupun apa-apa situasi yang memaksa. cuma rasa tu datang dengan sendiri. seolah-olah semua tu sudah x diperlukan lagi. lantas pada ketika tu hati kita lansung tidak mempersoalkannya malah tidak lansung mencuba untuk mempertahankannya. kita lebih tegar merelakan saja.

rasa bosan, boring, jemu, semuanya membawa maksud yang sama cuma mungkin cara penguraian nya saja berbeza mengikut situasi. kenapa rasa-rasa tu boleh muncul dalam diri kita? ha!! tu yang kita x tau tu. mungkin kita kurang bersyukur. sebab tu la timbul perasaan begitu. jadi, kesimpulanya belajar la bersyukur. sebagai contoh, baca la doa selepas makan. itu tandanya kita bersyukur dengan rezeki yang telah dikurniakan kepada kita. paling tidak pon setidak-tidaknya ucaplah Alhamdulillah. itu sudah memadai.

p/s: aq sendiri x faham apa yang aq cuba sampaikan. barangkali jari jemari aq menari lebih rancak dari melodi yang sedang bermain di dalam mindaku.


October 9, 2010

Bukit Mertajam - Course Trip

Cukup la sekadar gambar kan..cerita lanjut sila baca disini


Drive otw back to KL


Taiping Lake Garden

Tu..ade rumah atas Bukit sana..Owh.Bukit Maxwell


Merenung masa Depan

October 6, 2010

Rombongan Pertama

25 September aritu aq telah berpeluang menyaksikan dan sekaligus meyertai rombongan ke Felda Jelai N9.

Ni bukan rombongan cik kiah je sukan komenwel mahupun rombongan sambil belajar kanak2 sekolah rendah smpena cuti sekolah ye kawan2. sebabnya, sukan komenwel adalah di India. cuti sekolah pula sudah lama berlalu

ini merupakan rombongan pertama dalam keluarga besar kami. sebab Along merupakan cucu lelaki pertama yang mengikat tali pertunangan. jadi terjawab la sudahnya. rombongan yang dinyatakan di atas adalah berhubung kait dengan rombongan peminangan dari pihak kami kepada keluarga kak.disya (tunang along)

best jugak la tengok sesi tunang menunang antara dua pihak, walaupun xda sesi jual beli pantun macam dalam drama2 melayu tu kan, tapi memang terhibur la sepanjang proses meminang tu. manakan tidak kan..cuba anda semua bayaang kan..bayang kan ye..wakil pihak lelaki berbahasa melayu dengan loghat pahang belah temerloh...pekat abes la kan..wakil perempuan pulak, mak aigh..loghat nogori.. ha..ekau bayangkan la camano aih bunyi rontak lagu diorang. ..memang wat pocah porut ajo la jawab nya..

apa pun alhambulillah mereka berdua selamat ditunangkan pada 25hbSept 2010.

Ahli rombingan dari Pahang


Orang yang bertunang





Mari Mengemas

Ya kawan-kawan..

mari mengemas..mengemas ape? harusla mengemas blog yg telah bersawang terjuntai-juntai ni kan. kena polish la sket entry-entry yg telah kusam supaya blog ni x la suram je kan. ater, aritu kan dah wat launching. x kan la lepas launching nak biarkan terabai begitu saja. nanti korang bukak xda entry baru. bukak lagi tiada juga entry baru. lagi sekali bukak masih tiada entry baru. jadi, lepas tu terus membatalkan hasrat untuk membuka. sebelum jadi begitu baikla tuan empunya blog ni sedar-sedar diri untuk mengupdate blog dia ni kan.. :P

jadi kawan, kita nak kemas start dari mana dulu..ok.entry raya la..raya pon dah nak abes kan. sabtu ni dah menjengah ke bulan Zulkaedah dah pon. Alhamdulliah la. raya tahun ni dpt beraya dgn ramai kawan-kawan. budak-budak office, SEMSAS, UITM..cuma budak matrik je susah nak jumpa.

nak citer panjang-panjang pasal raya xtau gak ape nak cerita..bagi gambar je la..

gambar imej baru ketika raya..hahhahaha imej la sgt..(malu..malu..malu...)


Berposing di kereta milik sendiri..haha






Family Potrait


Ibu & Anak Daranya


Ayah & Anak Daranya




Berjalan pulang dr kubur


Keluarga besar kami


sila abaikan songkok diatas kepala sy itu..itu pasti hasil kerja tangan sepupu-sepupu saya..

air botol diatas meja ditempah khas oleh makcik saya untuk raya tahun ni. nak kembalikan nostalgia dulu2. air gas yg ade gambar ayam di label nya.diorang cakap dulu-dulu time raya je dapat minum air tu. tu pon beli guna duit raya yang orang pagi. dalam 20sen gitu la harganya. sekarang?? nan ado..mau 2 hengget 1 botol..



Berjalan kaki ke rumah pakcik






budak ni..comel gile pakai baju kurung..posing pulak tu