November 29, 2010

Natrah. Cinta, Rusuhan dan Airmata..






Ni first time aq tonton teater berbayar. Sebelum ni pernah la gak time skolah tp mcm mini teater. Tapi kali ni betol2 best. Sgt excited bila dapat tau en.spidey nak bawak gi tgk teater.tu pon setelah berteka-teki dgn dia mana dia nak bawak gi malam sabtu aritu. Bila tau nak tgk Natrah aq teruja gila.

Pada mulanya aq plan dgn ili nak tgk teater ni. Macam berminat pulak cerita pasal Natrah ni. Plus, pengarah n pelakon dia semua hebat2. Lepas tu sebab kesibukan kerja aq ngn ili lama2 terlupa pasal teater ni. Dan bila sampai masa teringat kitorang x beli pon tiket. Nak beli tiket kitorg dah macam paras2 hidung je nak bernafas..hehe..biasala..

Masa en.spidey tye jadike nak gi tgk Natrah dgn ili, dengan sedihnya (pura2 sedih) aq cakap la kitorg dh terlupa dan terus la melupakan je. Xsangka la pulak dia amek kesah pasal hal ni lalu berusaha membook tiket ni. Susah2 dia carik tiket. Dgn nternet connection yang mcm hampasnya, dgn nak dptkan tiket yang depannya.THANX sgt2 pd spidey..

Perasaan teruja tu berlanjutan sehingga dah abes pementasan dan juga dalam perjalanan balik..teruja tgk Remy Ishak menari. Lagu Hindustan yg telah dialih bahasa ke bahasa melayu. Alaa..lagu dalam mohabbatein tu..best sgt..

Semua pelakon2 teater tu sgt bagos dan hebat. Hebat sgt2.walaupun bebudak kecik yang jadi supporting actor tu..sgt menghiburkan audiens..
Rasa, nanti kalau ada Natrah 3 pon nak tgk..dan juga teater2 lain..


muka teruja menonton Natrah


pelakon2 Natrah







tarikh kejadian 27 nov 2010

November 10, 2010

Wahai Teman

Puisi di bawah aq cipta & tujukan khas buat teman kesayangan ku. you know who you are.

ni first time karang puisi..x sangka ada bakat rupanya..bakat terendam..bkn terpendam..hahaha..

Mari kita hayati bersama..

Wahai Teman

Wahai Teman,
Kau seharusnya tersenyum
Kerna matahari masih lagi terbit
Menyinari pagi-pagi indah mu

Wahai teman,
Kau seharusnya tersenyum,
Kerna bintang masih lagi berkerdip
Melambai salam menghiasi tidur malam mu

Wahai teman,
Kau seharusnya tersenyum
Kerna bulan masih lagi bersinar
Menghiasi mimpi-mimpi indah mu

Wahai teman,
Kau seharusnya terseyum,
Kerna kau sering melangkah kehadapan
Memajukan dirimu kearah kebaikan

Wahai teman,
Kau seharusnya tersenyum,
Kau masih tertawa dan bisa berjenaka
Walau hati mu sedang terluka

Wahai teman,
Kau seharusnya tersenyum,
Kerna keluarga mu tidak pernah gagal
Membahagiakan mu, menceriakan mu

Wahai teman,
Kau seharusnya tersenyum
Kerna terlalu ramai yang meyakini
Bahawa kau masih mampu bertahan

Wahai teman
Kau seharusnya tersenyum
Kerna tanpa kau tahu dalam diam
Ramai yang sedang mendoakan kebahagiaan mu

Wahai teman,
Kau seharusnya tersenyum,
Kerna kami masih betah disini
Disisi mu berkongsi tawa dan duka bersama

Wahai teman,
Kau seharusnya tersenyum
Kerna di luar sedar mu
Ku sangat bangga memiliki mu sebagai teman
Ku sangat bersyukur dengan persahabatan ini

Bangkitlah wahai temanku
Kasih sayang ku sentiasa mengiringi
Setiap langkah perjalanan mu
Agar kau cekal mengharungi hari-hari mendatang

p/s:babe, we all love you and will always be by your side...

November 9, 2010

Kelakar Gelak Sampai Berair Mata

haha..ni gelak x igt..semua sebab typo error...

biasala..hiburan waktu kt office..hihi


Perbualan berikut berlaku di Skype



Ebah: saya xnk keje hr ni boleh x?

Ili Zamri: sy nak ikot awak xnk buat keje boleh x?

Ili Zamri: hehehehe

Faizah: X BOLEH

Faizah: jgn ngada2 ye korg

Faizah: repot kat mr pang n mr looi nnt

Faizah: (rofl)

Ebah: jeles la tu

Ebah: sy stress

Ili Zamri: haha

Ebah: hahaha

Ebah: x pasal kn...

Ili Zamri: die xjeles ebah

Ili Zamri: sbb die nyer boss xtau pon die xwat keje

Ili Zamri: baca blog

Ili Zamri: hahahahahahaha

Ebah: hahahahaha

Ebah: cepatlah pukul 1

Ili Zamri: (o)

Ebah: hehe

Ili Zamri: xleh la ebah

Ili Zamri: die asyik tunjuk kul 3 je

Ili Zamri: hehehee

Ebah: bgsla pkl 3

Ebah: dpt blk cepat skit

Ili Zamri: hehehe

Faizah: heeh

Faizah: dgn korg aq kantoi

Faizah: sbb bg link

Faizah: hahah

Faizah: aq mcm tgh wat byk kerje

Faizah: gile btimbun terbukak atas meja ni

Faizah: hehe

Ebah: mcm je la kn????

Ebah: file ke gile???

Ili Zamri: :D

Ili Zamri: gile boleh bertimbun terbukak atas meja

Ebah: file yg bertimbun atau gile yg bertimbun???

Ebah: hahahaha

Ebah: klu blh gile bertimbun ngn terbukak atas meja...boleh la bt jgk...br bos
percaya kt ibah bt keje hebat nk mampos

Ili Zamri: :D

Ebah: hilang terus paie

Ili Zamri: paie hilang

Ili Zamri: hehehe

Ebah: leka baca blog

Ebah: smp x sedar kita dok ngata dia

Ili Zamri: kemas balik kot gila yang bertimbun atas meja

Ili Zamri: hehehhe

Ebah: hahahaha

Ebah: mgkn la kot

Ebah: mcm mane ye paie kemas gile tu

Ebah: nk jgk tgk

Ili Zamri: die guna vacuum yang nak sedut ili td tuh

Ili Zamri: hahahaha

Ebah: hehehe


Faizah: haha..kuar air mate aq gelak pasal gile=file tu

Faizah: haha


gelak ramai2...

November 8, 2010

Cream Cheese Cake


Hai kawan-kawan. Hari ni kita akan mempelajari cara-cara untuk membuat kek yang namanya seperti diatas. (wah..dah macam rancangan kanak-kanak pintar yg kt tv1 tv2 tu dah pulak)

Sempenan cuti Deepavali baru-baru ni aq berkesempatan balik ke mentakab rumah mak ayah aq. Cuti 3 hari kan. Rugi la x balik.lgpon aritu bulan 11 xbalik pun. Masa balik cuti tu sempat la aq belajar cara-cara buat kek ni dari adik lelaki aq. Ye.adik lelaki saya belajar buat kek ye. Pelajar jurusan Sijil Bakery & Confectionary di Kolej Komuniti Ledang.

Tapi kan sebenanrye xdela belajar pon. Sebab adik aq tidur di saat aq memulakan proses membuat kek tu. Penat sgt kot buat kek kt bengkel.(dia dlm tempoh latihan praktikal di sebuah bengkel kek berdekatan). Berbekalkan resepi tulisan tangan beliau yg macam cacing kerawit tu aq pon pandai-pandai la wat kek tu. Beliau hanya muncul setelah kek tu hamper siap diadun. Tu pun agaknya setelah tidak boleh lagi tidur kerana kakak dia yg sorang ni kejap2 masuk bilik dia tanya macam-macam.



Bahan-bahannya adalah seperti berikut:

-250g tepung gandum
-250g gula kastor
-200g mentega
-200 cream cheese
-5 biji telur
-1 sudu teh baking powder (rupanya mmg ade penyukat khas utk sukat quantity sudu2 ni)

Step-step nak wat kek ni adalah seperti berikut:


1.Ayak tepung bersama baking powder td. Ayakan harusla dilakukan sebanyak 3 kali supaya kehalusan tepung tu mencapai tahap piawaian yang sepatutnya

2.Dalam mangkuk besar,(xpayah besar sgt la.pakai mangkuk mixer tu la maksudnya kan).pukul mentega, cream cheese dan gula kastor td sampai kembang dan berwarna putih..




3.Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Putar adunan setiap kali memasukkan telur.

4.Setelah semua telur dimasukkan, pukul lagi agak lama skit sehingga adunan memutih dan anggun. (kenapa anggun pon aq xtau..aq nmpak tulisan dia macam tu. Jd aq baca anggun)..haha





5. Kemudian, masukkan tepung gandum dan gauh ke satu arah sahaja sehingga sebati



6. Kemudian boleh la pindahkan ke dalam dulang kek utk dibakar





7. Sila baka pd suhu 180°C, api atas bawah ye.jangan lupa panaskan dulu oven sebelum tu ye.bakar dalam 30-40 minit cmtu la.

8. Bila dah masak, buka pintu oven dan biarkan seketika.agak-agak dah sejuk masukkan tanggan anda dan bawa keluar dulang kek td. Sila guna sarung tangan tebal ataupun gunakan pengepit dulang ye. Jangan budget kebal main pegang gitu je..








Dah siap..boleh la dijadikan hidangan petang atau pun dikirimkan kepada si dia utk mengambil hatinya..haha