August 20, 2010

Berbuka setelah Berpuasa di Ber'Brisik'

Majlis makan2 pada kali ni adalah sequel kepada majlis makan2 dalam entry Ili sebelum ni.

Nak dijadikan cerita..kene baca sampai abes la baru tau cerita ni jadi ke x.

Setelah disuarakan oleh Ili pd Jumaat 13/8 yang lalu dan setelah melalui beberapa proses perbincangan melalui email berantai maka kami semua sepakat untuk membuat tempahan di Restoran Brisik yang menawarkan hidangan steamboat dan masakan Indonesia sebagai lokasi acara makan2 pada kali ini yang turur diadakan smpena sambutan berbuka puasa.

Mengapa kami memilih Brisik??

Ini adalah kerana...(pada firasat aq la)..dengan bantuan Pakcik Google Ibah (bukan nama penuh) telah menjumpai online coupon yang menawarkan diskaun untuk hidangan buffet di Brisik. Apabila kata persetujuan telah dicapai kami pon –ahli2 jawatankuasa x terlantik telah menjalankan tugas2 sukarela untuk menjayakan majlis berbuka puasa ini. Mula2 kitorg estimate jumlah kehadiran terlebih dulu..seterusnya Ibah dan Ili telah menggunakan teknik urutan perangkap skype mereka sehingga aq terjebak utk mengambil tugasan menyelidik restoran Brisik. Antara perkara2 yg diselidik adalah:

1. Halal ke x halal ke
2. Boleh guna ke kupon online tu
3. Brapa orang boleh muat dalam satu masa (bajet nak gi 1 ofis je kan)

Maka, setelah kesemua perkara diatasberjaya diselidik aq sekali lagi terperangkap untuk membuat panggilan kepada pihak Brisik utk membuat reservation yang telah kami jadualkan pada Rabu bersamaan dengan 18 Ogos 2010.

Kehadiran pada hari itu adalah seperti berikut:

1. Syuibah (Ketua Projek)
2. Reza (PA kepada Ketua Projek)
3. Ili (Penghantar Email Berantai)
4. Nadiah (Tukang Print Kupon)
5. Paie (Tukang Reserve)
6. Faezah (Tukang ceriakan suasana merangkap tukang makan)
7. Khairul Amri (Tukang swipe kad)
8. Hamizah Huri (Tukang makan merangkap tukang posing)
9. Aishah (Tukang makan juga)
10. Khairul Anuar (bodyguard kepada Khairul amri)
11. Kawan Khairul Anuar (juga bodyguard kepada Khairul Amri)

Jadi kan..dah jadila cerita nya...cakap banyak pon x guna. ..santap la gambar2 di bawah...semua tekun makan maka gambar pon x banyak..yang penting malam tu semua makan dengan jayanya and makanan pon sedap..servis pon bagus...











No comments: