February 25, 2011

Kalau Dah Hantu Durian................




AKULAH RAJA BUAH

Some of u guys memang dah tau aq ni hantu durian. Musim durian adalah musim yang ditunggu-tunggu setiap tahun. Orang cakap kalau makan banyak-banyak panas badan. Tapi alhamdulillah aq boleh makan banyak dan stay cool je..hehe..xdela cool mana. rekod 3 bijik.ok la tu kot.nak try 4 bijik takot x bangon plak kang kan..


Aq punya hantu durian sampai x menyabar nak tunggu betul-betul musim durian. pantang nampak durian orang jual tepi jalan mesti musykil dah musim ke belum. nafsu dah berkobar-kobar nak meNGAP durian tu masuk mulut. kalau lalu tepi jalan orang ada jual durian aq bukak tingkap kereta skit. kalau bau durian tu x masok dalam kereta tu maknanya durian siam la tu. NO..NO..NO..xkan aq beli..kulit je cantik.isi dalam xde rasa.sedap lagi tempoyak dalam peti.

Lagi satu kalo aq nmpak durian dari jauh aq akan slow down kereta aq. tapi bila aq nmpak je durian tu spesis kacukan mcm D24 la D60 ke Musang King ke Musang Berjanggut ke terus terbantut selera aq. aq cukup x gemar durian spesis gini. isi tebal..manis xde.xde feel nak makan. aq suka durian kampung. Durian Bentong ke, Balik Pulau ke, Jelai ke..tu memang fevourite aq tu..sejak dalam perut lagi dah...ni bukan propa ni.memang ye sejak dr dalam perut aq dah pekena durian. Ibu aq...dia memang ngidam durian tiap kali pregnant dulu-dulu. penyudahnya kitorang hantu durian.


Sabtu aritu masa tgh jalan-jalan kat shah alam terlalu kat satu lokasi penjaja buah-buahan tempatan. tetiba terpandanng sekelompok Raja Buah ni. warna dah cantik..dari jauh menguning je...kita buat u-turn..slow-slow berenti kat tepi jalan tu. lagi dekat bau sudah masuk hidung. jeng..jeng..telan air liur. ok, terus stop kereta.


teruja tengok durian tu terus ngoder cakap nak makan situ. brader tu pon cantik dok pilih kan kita sebijik..besar punya dia amik. dia kais tebuk..lepas tu suruh pegang & rasa. step-step yang kita buat bila nak beli durian la kan. lpas tu baru dia cakap.. "RM 10 ek dik sekilo. sebijik ni 1.26kg"..GULP!! telan air liur disitu sambil otak laju membuat kiraan matematik. dengan lagak maintain dan selamba aq pon respon, "ok bang..cukup la sebijik tu.nak makan sini je.besar tu"

masih tersenyum :)


takpela..esoknya dah nak gi outstation 3 hari. kang ngidam durian ni kang x tenang plak nak kerja kan (sekadar menyedapkan hati) lagi pon memang dah lama tunggu musim durian datang balik. Maka dengan tenang hatinya aq menikmati durian dengan penuh kepuasan. NYUM..NYUM..NYUM..Hantu Durian datang lagi..


Tak sabar aq nak balik Pahang bulan 3 ni.nak buat kenduri durian dengan ibu & ayah. kalo kat Pahang boleh bawak RM20 gi pasar malam dan bawak balik 2 plastik besar durian. Sekilo RM5 je ok...memang boleh makan sampai muntah-muntah...hahahaha


Menikmati durian dengan penuh nikmat



Amir: Durian ni wat aq telan air liur bila nak bayar..haha



February 17, 2011

P.H.O.T.O.G.E.D.I.K.S

It is 1 o'clock in the morning. i should be sleeping now. but please forgive my curiosity, interest n etc...

enjoy the photos....n please leave some comments..really appreciate it..



February 15, 2011

11.11.10

Entri ni sepatotnya aq tulis 3 bulan lepas. Tapi alasan yang sama la dengan entri sebelum ni..hehe..tarikh diatas pada tahun lepas tu sgt cantik kan..apatah lg kalau tarikh yg sama pada tahun ni..mesti ramai yang bercita-cita dan telah pon merancang utk melansungkan perkahwinan pada tarikh tersebut..

Eh!!!silap2..tersasar sudah..sebenanrye nak cerita menda lain.. ok..pada tarikh di atas, aq telah dikejutkan dgn 1 berita yang sangat dinantikan dan menggembirakan. Seorang lagi hamba Allah Selamat tiba menjengah bumi. Makcik aq yang mengandung pada 9 bulan sebelumnya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yg comel dan sehat dengan kaedah normal.

Bayi seberat 2.9kg tu dilahirkan pada waktu antara 4.00-5.00 petang di Bilik Bersalin Hospital Sungai Buloh Selangor. Seperti sebelumnya, nama utk baby telah dipilih oleh salah seorang sepupu aq. Kali ni lama yang dipilih dalam senanrai adalah SYAZANA AUNI. Kesinambungan kepada nama Kakak kepada baby tu SYAZA IZZATI.

Kini, setelah 3 bulan baby tu semakin membesar sehat dan kuat bagaikan juara..korang semua mesti terkejut dengan tumbesaran dia.sangat comel dan semakin menggeram kan.tarikan aq utk selalu pulang ke kampung nnt..hehe

maka, secara kesimpulanya aq menerima 2 kelahiran pada 11.11.10...my 500D & Syazana Auni


Gambar Auni ketika berumur seminggu di samping kakaknya Syaza(5thun)


Auni 3 bulan selepas itu....

February 14, 2011

My Canon 500D

Aq patot cerita benda ni tahun lepas tapi sebab sibuk (sibuk la sgt kan), ditambah pulak dengan keadaan laptop aq yg diserang H1N1, maka aq x sempat nak cerita. Baiklah..sebelum tu kita buat regangan minda sekejap. Supaya minda korang semua tenang untuk membaca entiti-entiti entri-entri seterusnya.

Tarik napas....hembus..tarik...(jangan lupa luaskan bukaan lubang hidung korang masa tarik napas supaya oksigen dapat masuk lagi banyak..

Ok..dah regang kan..GOOD..

Ok..memula aq nak cerita pasal satu perkara.

Canon 500D

Aq sangat minat dengan gambar-gambar. Lagi-lagi gambar yang dah di touch up. Aq suka tgk gambar2 yg diambil menggunakan DSLR. Kawan baik aq, ILI dah seijik DSLR. Nikon D3000 yang dibeli pada Feb tahun lepas. Aq telan air liur je waktu sbb rasa mcm x mampu lagi. Kadang2 pinjam2 try test amek gambar guna D3000 beliau. Semakin banyak kali try semakin semakin meresap minat tu ke dalam sanubari aq. Nak lagi dramatic, setiap kali aq halakan lensa D3000 tu dan fokuskan kepada apa2 objek dan model, bila aq petik je shot button tu, maka mengalir la aura2 DSLR ke dalam setiap salur dan pembuluh darah aq. Masukke arteri pulmonori dan melekat terus ke jantung ku..chewahhhhhhhh!!!

Masa raya tahun lepas, sewaktu berkumpul bersama keluarga besar di kampong, pakcik dan sepupu aq telah membara dan menyuntik lagi semangat aq untuk memiliki DSLR apabila mereka telah mengeluarkan DSLR baru mereka utk merakam kan momen2 indah kami sekeluarga. Sekali lagi tangan gatal ni telah berjinak2 mencuba DSLR kepunyaan mereka. Kali ini model Sony pulak. Semakin banyak petikan butang merakam kan gambar semakin banyak lah aura DSLR mengalir masuk dalam darah aq.

Balik dari cuti raya aq start membuat perhitungan. Rancangan demi rancangan aq consider kan. Aq pon membuat la perkiraan samada aq patot mebeli atau pon tidak. NOW or NEVER?? Aq mula membuat perbandingan antara model2 DSLR yg terdapat di pasaran. Aq bandingkan dr segi harga, specs, qualiti gambar yg dihasilkan, review pengguna dan long term usage aspect. Perbandingan aq masa tu melibatkan 2 model dari Canon dan 2 model dr Nikon. Utk Canon, model pilihan ialah 500D & 550D. 60D tu dlm hidden list sbb price range dia mcm beyond aq pye budget. Utk model Nikon aq mcm consider D3100 & D90 kot aritu

Setelah lebih seminggu aq resah memikirkan keputusan yang paling tepat untuk aq ambik maka aq tekad redha tabah (Hazami skeeetttttt)..tarikh keramat 11.11.10 maka lahir la baby baru utk aq. My new Canon 500D. (ada 1 lagi kelahiran pada tarikh yg sama.tu nnt entri lain) YES!! Finally!!

Sekarang dh 3 bulan 500D bersama dgn aq. Aq try utk improve skill aq hari demi hari.cima kadang2 busy. X sempat nak belek 500D tiap hari.tp kalau ada masa insyaAllah mmg aq akan belek2 dan baca bahan bacaan yg berkaitan.

p/s: thanks to spideyrex yg support minat aq ni & selalu downloadkan magazine2 pasal photography utk aq.kat toko buku mahal sgt la diorang jual.