July 18, 2009

Bon Odori 2009, Matsushita Stadium Section 21 Shah Alam

Seorang kenalan telah mengajak aq tuk gi merasai suasana sambutan perayaan Bon Odori. Perayaan ni disambut setiap tahun oleh masyarakat Jepun. Kenalan aq ni cakap Bon Odori ni macam pesta tarian dan gendang tapi setelah dibuat kaji selidik rupanya Bon Odori ni merupakan pesta atau perayaan sempenan menyeru roh nenek moyang masyarakat Jepun utk bersama anak cucu mereka. Seram sejuk gak memula rase nk gi. Tapi belasah je la kan.

Macam tahun-tahun yg sebelum ni Bon Odori diadakan di Stadium Matsushita, Seksyen 21 Shah Alam. Dekat dengan Panasonic. Lokasi Stadium ni mmg sesuai sangat la dengan Pesta ni sebab bukan je luas tapi yg paling menarik dekat ngn kawasan perkuburan. Cakap je kubur agama ape. Islam, Hindu, Jirat Cina...semua terkumpul kt sini. Kiranya Bon Odori ni dok panggil roh-roh kat sana la. Seram...Seram..

Pesta ni start jam 5 petang. Maksudnya pagar stadium dibuka utk org ramai masuk dan memenuhi stadium. Sementara nk tunggu paluan gendang pertama menandakan upacara dah nak start orang ramai berpusu-pusu la gi ke gerai-gerai yg banyak menjual makanan-makanan Jepun. Tapi kena hati-hati gak sebab kalau terlepas pandang terbeli makanan yg x berapa nk halal. Kitorang just tengok-tengok je la makanan yg dijual.aq ni tak selera mana la dengan makanan Jepun ni. Lagi-lagi yang bersepah-sepah seaweed dia. Mintak simpang la aq nak cium. Last-last kitorang beli Japanese ice cream jela.

Kat Pesta ni boleh jumpa ramai sangat orang yg pakai kimono ataupun Yukata. Bukan masyarakat Jepun je, Melayu, Cina, India pun ada.
Bila pesta ni start, ape lagi orang ramai pun ikut sama menari. Makin lama makin ramai yang ikut maknanya makin lama roh nenek moyang tu makin banyak la yang datang.hihi...

Dah..dah..seram pulak aq...tahun depan gi lagi..

July 15, 2009

Phone Discussion

It supposed to be a face to face discussion with my dissertation’s supervisor but it turns out to be a phone discussion at a very last minute. His PLK class was cancelled and so do our planned discussion. As my dissertation only needs a minor correction he said it is ok to discuss it through phone. (Phone call discussion is normal for both of us since the early beginning of my dissertation). After few minutes discussing we hang off and planned to meet on the next coming Wednesday for final discussion and approval session.
Few second later I text my friend:

“Best kan supervisor aq..PLK class dia cancel so kitorang discuss through phone call je..hihi”

Guess what??

I sent the sms to the wrong recipient. Guess who the sms delivered to…it was my supervisor.

Luckily the text didn’t look like aq mengata dia walaupun ada sedikit unsur-unsur menganjing di situ. I was blur and feel guilty to him. No. Actually I was afraid that if he get mad. So, I text him:

“Sorry..sorry sgt2 Prof. saya tersalah hantar sms kt Prof.”

He replied:

“OK”

I have to see him this coming next week but I don’t know how to act with this. Is it ok to act like nothing happen? Like I didn’t text him anything..huhu

Lesson learned:
1. Don’t get so excited to “menganjing” your supervisor.
2. Take a few minutes deep breath before you text anyone.
3. For SE HP users, carefully check your recipient before u press ‘SEND’
4. The most important, JANGAN NAK NGANJING LECTURER KO. X BAIK.DOSA. walaupun markah ko dh dapat.

July 13, 2009

Pelarian di Rumah Sendiri

Harini dah dekat sepuluh hari kitorang menjadi pelarian kt rumah sendiri. Pelarian di sini bukan la maksudnya kitorang berlari-lari anak dalam rumah mahupun berjogging lari setempat di ruang tamu dengan niat nak menguruskan badan. (x perlu pasal kitorang kurus walaupun aq yg konon paling gemuk dalam cerita ni)

Apa yang cuba aq sampaikan di sini ialah (wah dah bunyi cam penceramah bebas pulak) dimana seluruh isi master bedroom terpaksa menomadkan diri buat seketika (seketika katanya) ke ruang tamu bawah rumah (bukan bawah rumah tapi bahagian bawah rumah).

Hal ini adalah disebabkan oleh kerja-kerja renovation bilik air master bedroom yang masih belum selesai walaupun telah menjangkau ke tempoh 10 hari. Berat mata memandang berat lagi bahu kami yang menggalas. Ha!poyo..xda menda pun yang kitorang galas sebab kitorang x pakai beg galas. Ok x kelakar.


bathtub yang baru dipasang kembali

Walaupun kawasan yang terlibat dengan upgrading works (upgrading katanya) hanyalah bilik air tapi seluruh bilik kitorang perlu dikosongkan atas sebab-sebab habuk yang berterbangan bebas di seluruh pelusuk bilik.

Di sini aq mewakili seluruh kaum kerabat master bedroom (aq nak wakil gak walaupun diorang x vote.aq gila kuasa) berharap agar kerja-kerja naik taraf bilik air kami dapat disegerakan agar kami tidak terus-terusan menjadi pelarian di rumah sendiri seperti rakyat Plaestin yang menjadi perlarian di bumi sendiri.

p/s:terima kasih kepada pakcik dan makcik owner yang pemurah dan baik hati utk renovate bilik air master bedroom. Semoga hubungan sewa-penyewa antara kita berkekalan la hendaknya. Amin!!

July 12, 2009

Exsas Bowling Tournament 2009, Sunway Pyramid Megalanes


MiniPopperz

Tahun ni merupakan tahun ke dua peyertaan aq dalam tournament bowling alumni sekolah aq. Adalah dimaklumkan disini bahawa aq hanyalah pemain amatur dalam sukan ini. Atas dorongan Eah, aq dan Sue bersetuju utk menceburkan diri secara aktif dalam sukan ini. Aktif x aktif mana la training jarang-jarang dengan alasan poket seluar selalu terjulur keluar. Maknanya wang-wang kertas aq selalu beterbangan ke tempat lain.

Macam tahun lepas gak, game ni diadakan di Sunway Pyramid Megalanes dan disertai oleh bekas pelajar-pelajar SEMSAS. Macam tahun lepas gak orang-orang yang aq kenal dalam Exsas ni hanyalah Eah,Sue dan Makcik Rosnah which fyi Mak kepada Eah yang juga merupakan bekas pelajar SEMSAS. Yang lain-lain tidak dikenali kerana diorang semua adalah batch senior-senior yang tidak sempat dengan kitorang.

Baju utk game kali ni warna baby blue dan ianya adalah sgt comel dan masih mengekalkan fabric jenis coolfit. Aq rasa semua dikekalkan kecuali warna baju saje bertukar. Syukur amat sebab tahun ni para pemain tidak terdedah kepada peluang-peluang utk menjadi mahkluk tuhan paling seksi sebagaimana tahun lepas. Kenapa tahun lepas bowlers berpeluang menjadi mahluk tuhan paling seksi? Hal ini adalah disebabkan oleh warna baju yg di provide kepada bowlers adalah bewarna putih dan telah menampakkan bahagian-bahagian tertentu yang tidak patut dinyatakan disini.



Opss!! Cuba simpan dulu niat anda utk berfikiran kuning ataupun biru.

Lama gila x menyanyikan lagu SEMSAS. Kononya lagu pembakar semangat la zaman sekolah dulu. Dengan tema ‘Hidup Berjasa’ lagu yang dahulunya dinyanyikan setiap pagi oleh pelajar SEMSAS kini berkumandang menggamatkan suasana Pyramid Megalanes. Lagu ni akan dinyayikan setiap kali sebelum mula game sebagai tanda semangat keSEMSASan dan utk mengenang kembali memori-memori ketika berada di SEMSAS dulu.

Ok. Pendekkan cerita pasal game ni. Macam biasalah. Aq merupakan penyumbang utama kepada ketidakmenangan kitorang dalam game dan dibantu secara sipi-sipi oleh Sue. Kitorang Cuma tidak menang ok. Bukan kalah sebab kitorang bukan di tangga paling bawah. Tapi, tuah ayam nampak dikaki, tuah kami ada pada lucky draw..haha..macam tahun lepas gak bawak balik hamper gak. Tp dukacita tahun ni hamper kami telah dirembat oleh sesorang tanpa rasa bersalah dan segan silunya.

July 5, 2009

Berlari ke Bangsar

”Faie, jom lari dari rumah”
”Ha! Nak lari ke mana?”
”Mana-mana lah. Jap lagi ada orang nak datang. Malas la nak jumpa.Jomla. Kita gi Tesco.”
”Ni serius nak gi ke memain jer?”
”Serius arr ni. Jom. Pukol 11 kita gi”
” Ok”.


It was 10.45 p.m on Saturday night. I was watching TV when suddenly my housemate asked me for a ’night ride’. The reason was our X-housemate is coming to take her stuffs and A wasn’t ready to meet her face to face for reasons which cannot be stated here.

We started our ’merayau-rayau’ at Tesco Extra. We do some window shoping at Tesco Extra. I know it is weird to do window shoping at Tesco. (eh! Biarla. Kitorang punya sukala nak window shoping sayur-sayur, dan barang dapur)

After that ..

” Jom tengok bazar kat Anggerik Mall”
”Anggerik Mall? Ada bazar ke kt situ?”


We reached at the bazar at about 12.00 a.m and was attracted by a group of mix of pakcik-makcik-pemuda-pemudi dancers dancing a POCO-POCO dance lead by an instructor. It was very interesting watching old men at about our fathers age dancing that dance. It is a very good dance-excersize and should be practice widely by teenagers.

About an hour later we went home and i received few sms and miscalled from my former schoolmate at my Maxis line. I called him back and we decided to go somewhere for minum&lepak. (this attitude should not be followed. It is not good for a girl to be outside of the house at 1.00am in the morning)

1.30am..

One message from 01*-*^&%#@(&

“Depan rumah”

Once I get in the car, they asked me where to go. Wah!! I’m a ladyboss..Without deciding where to go my friend drove the car headed to KL. We start rogering our schoolmates who stay in KL area. Finally, we decide to gather in Bangsar. And only 5 of us can make it and I was the only girl among them. But it’s ok. I felt safe with them. Just that, Bangsar is not like Shah Alam where you can still see gadis bertudung melepak at Mamak at 2.00 am. No one else at the Mamak was wearing tudung except me. Yang lain semua stock pakaian x cukup kain je. We rushed back to Shah Alam at about 4.00am dan mata semua orang dah start rabak.

July 1, 2009

Prison Break

Finally, setelah lebih kurang 2 tahun aq follow cerita ni habis gak. Sesungguhnya penantian itu satu penyeksaan (ok..motif sangat tetiba nak jiwang kt sini). Dari 1st season sampai la 4th season..aq rasa lama gila kot masa yang diorang ambik. Dari aq 1st year aq degree smpi la aq dah dpt kerja. Baru cerita ni habis.

Cerita ape?

Ape lagi kalau bukan Prison Break yang menampilkan pelakon-pelakon hebat macam Wenworth Miller.



Zaman-zaman menjadi penDownload tegar dah tamat. Supplier-supplier semua dah bawak haluan masing-masing. Seronok gak sebab time tu classmate aq rata-ratanya memang layan cerita ni. Jadi masalah nak dapatkan supply utk setiap episod tidak berlaku sama sekali walaupun masa tu connection internet aq adalah tidak berapa bagus. Ingat lagi time share bilik dengan Pel dimana setiap minggu kitorang menantikan episode baru PB. Bila dah dapat masing-masing tak sabar nak tengok. Masa tu 3rd season. Suspend sikit sebab time tu Scolfield bertungkus lumus nk bawak keluar Whistler dari Sona.

Tapi dalam banyak-banyak season aq rasa 2nd season paling penat nak tengok. Bukan sebab panjang. Tapi sebab diorang kan baru dapat escape dari Fox River so harusla berlari-lari nak selamatkan diri. Masa tengok 2nd season aq pon sama penat sebab dok feeling sama-sama lari dengan diorang.

Melalui cerita ni kita boleh dapat macam-macam pengajaran. Antaranya ialah, kasih sayang adik beradik, persahabatan, kesetiaan dan sikap tamak yang akhirnya membinasakan diri. Aq memang respect dengan Sucre sebab semangat kesetian dia pada Scolfield sangat tinggi. Walaupun Scolfield dengan Burrows bukan adik beradik kandung tapi kasih sayang diorang sangat kuat dan willing to sacrifice for each other nak bandingkan Christina, nama je mak kandung Scolfield tapi sanggup pertaruhkan nyawa anak sendiri utk kepentingan peribadi sendiri.

Secara keseluruhan aq puas hati la dengan cerita ni walaupun aq terasa macam diorang terkejar-kejar nak tamatkan cerita ni. Mungkin dah kekeringan idea kot.

P/s: anyone who interested to have the copy of PB complete from 1st Season to 4th Season, do inform me