August 26, 2010

Cuti Pre-Raya

Yeah..

jap lagi boleh balik...cuti panjang sebelum raya...

x la panjang mana..

Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa..panjang2..hehehe

sekarang pkol 4.16 pm...dalam kepala dah ligat memikir ape juadah berbuka petang ni. gerai mana la yg harus aq serang dekat bazar petang ni..

(fakta kes:sudah memikirkan juadah berbuka sejak pkol 1 ptg lg..Astagfirullahallazim..x senonoh betol..)

sedang berdoa supaya boss berkeadaan baik pada hari rabu ini supaya sy boleh la memohon cuti Raya dgn jayanya iaitu dr 9 smpi 19hb 9..heavennya...huhuhu...

p/s:baru tersedar xde lansung koleksi lagu raya dalam PC kt office ni..

August 20, 2010

Berbuka setelah Berpuasa di Ber'Brisik'

Majlis makan2 pada kali ni adalah sequel kepada majlis makan2 dalam entry Ili sebelum ni.

Nak dijadikan cerita..kene baca sampai abes la baru tau cerita ni jadi ke x.

Setelah disuarakan oleh Ili pd Jumaat 13/8 yang lalu dan setelah melalui beberapa proses perbincangan melalui email berantai maka kami semua sepakat untuk membuat tempahan di Restoran Brisik yang menawarkan hidangan steamboat dan masakan Indonesia sebagai lokasi acara makan2 pada kali ini yang turur diadakan smpena sambutan berbuka puasa.

Mengapa kami memilih Brisik??

Ini adalah kerana...(pada firasat aq la)..dengan bantuan Pakcik Google Ibah (bukan nama penuh) telah menjumpai online coupon yang menawarkan diskaun untuk hidangan buffet di Brisik. Apabila kata persetujuan telah dicapai kami pon –ahli2 jawatankuasa x terlantik telah menjalankan tugas2 sukarela untuk menjayakan majlis berbuka puasa ini. Mula2 kitorg estimate jumlah kehadiran terlebih dulu..seterusnya Ibah dan Ili telah menggunakan teknik urutan perangkap skype mereka sehingga aq terjebak utk mengambil tugasan menyelidik restoran Brisik. Antara perkara2 yg diselidik adalah:

1. Halal ke x halal ke
2. Boleh guna ke kupon online tu
3. Brapa orang boleh muat dalam satu masa (bajet nak gi 1 ofis je kan)

Maka, setelah kesemua perkara diatasberjaya diselidik aq sekali lagi terperangkap untuk membuat panggilan kepada pihak Brisik utk membuat reservation yang telah kami jadualkan pada Rabu bersamaan dengan 18 Ogos 2010.

Kehadiran pada hari itu adalah seperti berikut:

1. Syuibah (Ketua Projek)
2. Reza (PA kepada Ketua Projek)
3. Ili (Penghantar Email Berantai)
4. Nadiah (Tukang Print Kupon)
5. Paie (Tukang Reserve)
6. Faezah (Tukang ceriakan suasana merangkap tukang makan)
7. Khairul Amri (Tukang swipe kad)
8. Hamizah Huri (Tukang makan merangkap tukang posing)
9. Aishah (Tukang makan juga)
10. Khairul Anuar (bodyguard kepada Khairul amri)
11. Kawan Khairul Anuar (juga bodyguard kepada Khairul Amri)

Jadi kan..dah jadila cerita nya...cakap banyak pon x guna. ..santap la gambar2 di bawah...semua tekun makan maka gambar pon x banyak..yang penting malam tu semua makan dengan jayanya and makanan pon sedap..servis pon bagus...











August 18, 2010

Cuti kah beliau???

Puasa baru 8 hari. Tapi aq x kira. Aq nak gak cakap pasal raya.tibe2 feeling tu datang sebab tgk gambar raya 2 tahun lepas..alaaa..Giant tu belum puasa lagi dah pasang lagu raya..xpe pun...xkirala..

Dengar-dengar khabar tahun ni ayah aq cuti lagi untuk raya. Itu pun setelah mendapat jelingan2 manja dr ibu bila ayah menyatakan bahawa dia mungkin xkan bercuti raya tahun ni. Ayah..being ayah.. suka nak mendahulukan orang lain. Tapi 2010 ayah memang wajib cuti sebab 2009 ayah x cuti raya.

Teringat kenangan masa raya 2008. Kitorang semua beli baju sama kaler. Punya la payah nak capai persetujuan. Ayah x nak kaler perpel. Along ikut saje. Ayah nak kaler maroon tp bulat x mau. Bulat nak kaler cekelat tanah. Bulat memang suka nak kaler2 burok ni.. last2 skali kitorang semua pakai kaler kuning.. tersama pulak dgn kaler langsir kat rumah arwah nenek. Masa tu arwah nenek ada lagi. Memang nak gelak je la pagi raya tu..hehe

Petang raya kitorg gi studion amek gambar. Sebelum gi studion gi melawat dulu pusara arwah atuk. Arwah meninggal mase aq baru umor 4 bulan. Memang x sempat nak ingat ape2 pon. Kalau korang nak tau kawasan perkuburan tu dekat dgn pantai..bukan la pantai pon.persisiran laut yg ianya. Jadi ktorang pon ade gak la amek2 gambar sebab permandangan dia mcm cantik2 la skit kan dengan pasir memutih..







Tahun ni x tau la baju cmane pulak. Belum ade perbincangan rapi. Mungkin sebab ibu sibuk memikirkan rumah yg sedang direnovate, bisnes popia simpul yg semakin mendapat sambutan dan juga majlis pertunangan along selepas raya ni.

August 17, 2010

Rindu

Aq selalu je dihimpit rasa rindu..

Rindu yang kadang-kadang buatkan aq mengalirkan air mata.

Rindu sehingga aq berbicara pasal mereka. Kadang-kadang seolah-olah nampak mereka berlari-lari main depan aq.

Walaupun masa tu aq tengah kat office.kadang-kadang terdengar gelak tawa diorang..

Terngiang-ngiang kat telinga aq ni. Kalau aq ada sayap agaknya 2 jam sekali aq terbang gi jumpa diorg..

Mungin sebab kadar kekerapan tu la maka aq tidak dikurniakan sayap..heheeh


Mereka semua :Zaid,Zahida,Ikin,Syaza,Faiz,Fahmi,Zahira



ni memang sebijik aq masa kecik2 : Syaza Izzati



ni yang paling nakal & cute buat masa ni : Zahira



abang & kakak kepada si baju pink: Zaid & Zahida


mereka lagi:Faiz,Fahmi,Afiq


Mereka la semua sepupu-sepupu aq..anak-anak kepada adik-adik ibu aq..

ada orang yang perlu melepasi piawaian mereka ye satu hari nanti..hahahaha

August 16, 2010

Dosh!!

bangun pagi lambat..

tekak rase mual2..perut mula x selesa...

apekah???

masih berasa begitu walaupun dah pukul 4 petang...adoi..kenapa kah..

kepala pusing2...

semua menda pon jd pending..ape kwn2 skype semua pending seketika..

mungkin harini hari rasmi pending..

perlukah bercuti pada hari pending??

sy masih pending nak memberi jawapan..

August 14, 2010

Merapu Ikan Kerapu

tiada kena mengena dengan tajuk di atas


Kenapa saya kena kerja hari sabtu??
Kenapa sabtu saya kena kerja??
Kenapa kerja saya kena hari sabtu??
Kenapa kerja sabtu kena saya??

Hahaha.... orang dah bayar gaji ko..jgn banyak ckp..kerja saja...

Mata mengantuk..pukul 3 lebih baru smpi rumah selepas teman kwn gi KLIA.. gila lama x penah jejak KLIA. Kali terakhir tahun 1998. Standard 5 tahun tu..zaman2 lawatan sambil belajar sgt glamour bila menjelang cuti sekolah. Hahaha


Hari ini hari Sabtu
Hari Sabtu kena ada agenda supaya x mati kutu
Esok hari Ahad
Banyak banyakkan la berehat

Amacam?? Best x pantun sekerat sekerat aq?? Hahahah

Sekejap lg apabila jarum jam menunjukkan pkol 1 ptg aq berazam untuk terus berlari ke pintu office untuk mengeluarkan diri ini dr office ini sepantas boleh..sepantas kelajuan cahaya..kalau boleh lg pantas dr kilat..

Lepas itu aq akan memandu pulang ke kediaman rasmi aq untuk bersosial di fesbuk seketika.. 2 hari dah x bukak fesbuk. Susah.. x hapdate I nnt dgn gossip2 panas..hehe

Note: azam x kesampaian apabila pada jam 12.45 bos memanggil utk berdiskusi sesuatu. Lalu diskusi meleret2 sampai ke perihal bubur lambuk dan bazaar Ramadhan. Handphone pula sudah menjeri2 “Down..down”..panggilan dr Ili & ibu...

August 13, 2010

Terliur

Korg rasa patot ke x tgh2 dok nak tggu semayang terawih kt masjid boleh plak kepala aq ni terbayang kan kuih cucur badak...siap telan2 air liur lagi tu..

Lpas tu dgn muka mate blink2 aq ckp kt Ili aq terliur nak mkn cucur badak

So...

Semalam ktorg balik awal..jalan plak x jam. Laju je...lancar je perjalanan smpi ke Usj 4. Sampai umah Ili lebih kurang 5.40. Auntie Ena tgh masak. Ktorang tolong2 ape yg patot..mintak izin nak solat asar jap pasal sblum tu xsolat kt ofis sbb dok sibuk sgt skyping mcm xnak balik je masing2.

Lpas semua juadah & lauk pauk dah siap & meja pon dh setup ktorg gerak gi bazaar ramadhan. Ktorg turut diiringi oleh 2 bodyguard : Aida & Fahim adik Ili -----siap bodyguard kita ek ..haha

Tujuan utama penjelajahan ktorg ke bazaar ramadhan itu adalah utk mencari:

1.cucur badak


2.puteri ayu (feveret Ili)


Smpi ke separuh bazaar barula ktorg jumpe gerai yg ada jual kedua-dua kuih tu..maka dibeli la kuih tu & dibawa pulang..

Buka puasa je mmg aq terus mkn kuih tu selepas mkn kurma. 3 bijik aq sental..sedap..& x kedekut.. x kedekut maksudnya kuih nya cukup ramuan..ubi keledek byk..kuih jd x keras..inti pon sedap & menarik..

Cume Ili sedikit kecewa dgn kuih puteri ayu beliau..warna kurang menarik..hanya seketul saja hijau menarik..lagi 4 ketul hijaunye kusam..ili ckp rasanya juga adalah kurang menambat tekak beliau
Xpa..len kali gi bazaar kita buru lagi puteri ayu yg betol2 ayu ok...tp my next hunting is Murtabak Daging...hehe

p/s: gambar adalah sekadar hiasan..xigt dh nak amek gambar semalam..terliur sgt dah

August 12, 2010

Welcome to my Blog Launching

Setelah sekian lama baru ni la aq punye kekuatan nak launching kan blog aq ni kepada hadirin hadirat sekalian.. (ok..aq tau ili mesti ckp aq poyo)..hahaha

So, ladies & gentleman,


Welcome to my warehouse....

Dalam ni ade byk gula-gula & kerepek. Gula-gula ada 3 perisa. Masin,masam & manis.

Masin tu kalo perkara2 yg berlaku mengakibatkan pengaliran peluh yg amat dasyat. Kalo masam plak macam peristiwa2 yg x brapa nak wangi..jd masam la rasanya..ala2 pahit nak ditelan la..manis tu of coz la sesuatu yg happy feeling melayang2 gitu...hahahaha

Dalam ni mmg banyak kerepek aq wat..kerepek tu sama la dengan merepek.. jd aq la si tukang goreng kerepek.. korang2 yg berkenaan adalah rencah kepada kerepek2 aq..hehe..

Bungkusan kerepek tu adalah pandangan2 korang terhadap kerepek2 yg aq dah goreng.. sedap ke x sedap ke, pedas ke,pahit ke, masin ke..korang santap je la ek..aq peduli ape sedap ke x kan..hehehe..

Sekian wasalam & sekali lagi aq ucapkan SELAMAT DATANG & Nikmati la kerepek2 aq..wat mcm umah sendiri ek..

p/s:red carpet tu atas request VVIP ILi..

Mata Memang Untuk Melihat, Gigi Bukan Untuk Mengigit

Semalam adalah hari kebosanan di ofis. Mengapa?? Kerana aq adalah sudah lost tak tau nak buat apa. Padahal mata adalah sudah kuyu dari pagi lagi. Hanya dpt dibuka dengan keluasan beberapa darjah je.. agaknye lebih kurang 25° je kot. Tu mujur kalo 25°..silap2 berupaya nak buka 2.5° je..haha..u with your excuses

Dah konon-konon boring x tau nak buat apa tu kan aq pon gi la jumpa En.Wiki untuk mendapatkan ilmu. Aq mmg suka betol kat En.Wiki ni..ape aq nak tau semua die boleh cerita.sgt berinformasi.

Mula-mula aq carik jawapan terhadap kemusykilan aq pasal buta warna. Aq pon type la ‘colour blindness’. Nah!! Smpi 18 pages kuar pasal buta warna ni. Aq pon baca la ape yg patot kan..pick sana sini ape yg aq nak tau..yg ianya aq nak tau ape yg diorg nmpak je..aq dok piker..xkan la kan diorg nmpak black & white je macam cerita P.Ramlee dulu-dulu..yang lain nye aq x baca sgt pon. Pasalnya En.wiki ni kerek..dok nak ckp omputeh je..penat la aq nak paham..jadi bile aq dah baca tu tau la aq yg diorg yg buta warna ni x boleh nak differentiate kan sesetengah colour. Xdala smpi nampak hitam putih je. Nak info lebih pasal buta warna ni korang En.Wiki je la ek. 24/7 dia available..

Lpas tu la kan masih boring lagi sebab x berapa menarik sgt issue buta warna ni. Jadi cuba lg mencari soalan nak ditanya kepada En.Wiki.

Fikir punya fikir punya fikir...terlintas kt kepale nak tanya En.Wiki pasal dentistry. Aq pon type la beberapa terms dental yg pernah aq ingat2 Dr.Tee sebut kat aq dulu.

Antaranye:
• Internal Resorption
• Crown, bridges, dental implant
• Root Canal Treatment

En.Wiki punyer info mmg sangat berguna. Buat aq lebih faham apa yg aq dh tau sikit2 sebelum ni. Aq dengan kejamnya dh suruh Ili gi baca semua link2 di atas. Memang sedikit kejam sebab member tu dah la hyperstress wat BQ..aq lagi asak dia dgn mende2 saintific ni..hahaha

Alamak..tertiber rasa penat plak nak type..nanti la sambung Part II pasal gigi cerita semua experience aq dgn dentist..hehe

August 11, 2010

Terawih..Mampukah Aq???

Bulan puasa menjelma kembali.. time ni la banyak benor dugaan yang akan kita hadapi. Malam menjelang Ramadhan tahun ni Alhamdulillah aq berpeluang nak mengerjakan Terawih. Persiapan rapi telah dibuat beberapa minggu sebelum menjelang Ramadhan. Antaranye adelah spt di bawah.

Jeng..jeng..jeng...

Ha!.. Ni dia..



Siap beli buku panduan lagi ko.. mujur mmg xda jual buku yg btol2 pasal Solat Terawih. Kalo x nescaya tebal seploh inci sewaktu nak membayar kat kaunter..haha

Aq beli buku ni dgn alasan aq xbrape pasti & ingat sgt pasal solat Terawih...ngaku aja la kan depan kwn aq wpun sbnrnye malu..pasal ape mcm x brape igt sbb aq ckp la aq jarang buat..lalu kenyataan yg keluar dt mulut aq tu dibalas dgn memek muka ragu2 oleh SMS (abbv utk name kwn aq)

“Kalau ko ckp ko slalu pergi Terawih tu aq mmg pelik” (masih lg berwajah ragu-ragu)

“Betolla..aq kan jarang gi terawih” (masih berasa pelik kenapa SMS harus ragu2)

“Cik Kak oiii..!! org Terawih setahun skali je bulan Ramadhan. Bukan tiap2 hari sepanjang tahun..mmg la jarang ko semayang Terawih”

Haahahaha....aq maksudkan yg bulan puasa pon aq jarang2 pergi..tiap2 tahun mesti x penuh punya la tiap2 malam..

InsyaAllah tahun ni aq akan berusaha mengerjakan terawih tiap2 malam kalau mampu.. Ili pon ada ajak aq join dia & family terawih kt USJ 4..ada geng ni ok la skit..semangat skit...

p/s: terasa rindu plak time puasa dgn SMS tahun lepas..gi terawih pon jalan kaki..moreh pon sedap2..ahaks~~

August 10, 2010

TerkeZut!!

Semalam: 9th August 2010

Huhu...mendapat surprise di office..

Tgh on the phone dgn sub-con aq, suddenly ade akak ni jerit nama aq dgn kuatnye. Aq pon igt ade wat salah pape la kan so terus hang up call dgn sub-con aq tu. Then dth la sorang girl ni. Cute..aq ingat budak trainee ke tp tgk die pakai jeans & tshirt je. Dia suh aq sign delivery note..

Dup..dap..dup..dap..aq dh cuak..sape la plak yg dok deliver barang kat aq ni

Lpas tu die keluarkan ni:




Aq yg blur ni gi la tanya sape yg bagi. Harusla dia x tau kan..

Baru nak feeling2 investigate boss plak intercome suh gi bilik dia, terencat sudah disitu..

10 minit lpas tu sambung balik feeling investigate..x investigate mane pon. Terus menyerbu suspek utama kt Skype..takot gak nak tanya..buatnye bukan dia yg bagi dah mengundang cemburu & sangsi pulak nnt. Rupa2nya mmg budak gedik sorang tu yg bagi..mmg Gedik btol dia ni..Gedik..Gedik..

Tp xpe..i loike!!..hahahahah


P/s: TQVMILY

August 2, 2010

Craving

Pelik!! Tapi benar...hahaha..

Aq serius x suka gile kat seketul kuih yg berbentuk bulat n berlubang kat tengah. Serius2 punye x suka. Dulu time sekolah bile menu kat Dema (DEwan MAkan) utk kudap2 pukul 10 adelah kuih tu aq sanggup berpatah balik ke kantin tk carik makanan lain. Tp kalo dh lapar n malas sgt tambah2 lg bile duit poket pon dh ciput2 je aq masuk gak la dewan makan.amek la 2 ketul kuih tu. Maka bermula la aktiviti mengeluarkan isi dalam kuih tu. Kulit die kite kasi buang. Jangan salah faham plak.aq bkn buang kulit pau..kulit pau aq taram je masuk perut kecuali daun pisang or kertas yg buat lapik die la..lgpon pau mane ade lubang kt tengah2 die kan..

Tp skrg...zaman dh berubah

Seketul kuih tu pon dah melalui pelbagai bentuk evolusi..evolusi dr segi warna,rasa,rupa dan kaedah pembuatan..cume masih mengekalkan identiti bentuk yg serupa.masih lagi bulat dan berlubang di tengah. Cuma sesetengahnye lubang tu ditutup or diisi dgn mende2 yg lg sedap kot..

So..aq pon same2 la nak merasa perubahan tu..mcm menarik je kan..try test la sket..skali jatuh cinta la plak kan..

Tarraaaaaaaaa....

August 1, 2010

Dia Punya Hari Juga

Hari ni telah mencipta rekod baru iaitu drive smpi ke Cyberjaya secara konvoi 3 kereta utk ke 1 majlis. Majlis Konvokesyen dia. Last minute decide nak gi dgn support bff semua. Mereka adalah sgt sporting dengan meneman aq ke sana. Cuak kot nak gi kot2 la terjumpa family dia ke.
Haha..ape sudah jadi pon xtau..sudah tidak boleh fikir secara waras..satu wayar telah putus agaknya..perlu menjalani sedikit rawatan..x rawat pon xpa kot..hahahha (gelak besar skali lg)

Dia dpt ape?? Dpt seketul Sling Bag utk kegunaan harian ke office. Juga dpt few hours keluar bersama..haha..tp adalah kesian kerana terpaksa la dok diff row mase tgk movie. Mase book tiket x teringat dia sbb otak sudah tidak centre mase tu..dh ke kiri ke kanan dh fikir mcm2..haha

Ape aq dpt?? Aq dpt free blusher (bkn makeup tp natural blusher kt pipi aq)..haha..malu2..leya mmg muka nganjing x boleh blah time tu..
Lpas tu dpt happy2 dgn bff ambik gambr ngok ngek ngok ngek...

3 rekod yg telah pecah & masih belum dikutip:
1. Drive ke Cyberjaya n masuk MMU
2. Jejak kan kaki ke The Mines (sgt kesian..)
3. Merasmikan hidangan Kenny Rogers buat kali pertama (lagi la kesian...)-->previously aq ckp nandos..tp setelah disedarkan oleh ili baru igt it was kenny rogers.pasalnye nandos aq 1st time makan die yg belanje..haha