July 12, 2009

Exsas Bowling Tournament 2009, Sunway Pyramid Megalanes


MiniPopperz

Tahun ni merupakan tahun ke dua peyertaan aq dalam tournament bowling alumni sekolah aq. Adalah dimaklumkan disini bahawa aq hanyalah pemain amatur dalam sukan ini. Atas dorongan Eah, aq dan Sue bersetuju utk menceburkan diri secara aktif dalam sukan ini. Aktif x aktif mana la training jarang-jarang dengan alasan poket seluar selalu terjulur keluar. Maknanya wang-wang kertas aq selalu beterbangan ke tempat lain.

Macam tahun lepas gak, game ni diadakan di Sunway Pyramid Megalanes dan disertai oleh bekas pelajar-pelajar SEMSAS. Macam tahun lepas gak orang-orang yang aq kenal dalam Exsas ni hanyalah Eah,Sue dan Makcik Rosnah which fyi Mak kepada Eah yang juga merupakan bekas pelajar SEMSAS. Yang lain-lain tidak dikenali kerana diorang semua adalah batch senior-senior yang tidak sempat dengan kitorang.

Baju utk game kali ni warna baby blue dan ianya adalah sgt comel dan masih mengekalkan fabric jenis coolfit. Aq rasa semua dikekalkan kecuali warna baju saje bertukar. Syukur amat sebab tahun ni para pemain tidak terdedah kepada peluang-peluang utk menjadi mahkluk tuhan paling seksi sebagaimana tahun lepas. Kenapa tahun lepas bowlers berpeluang menjadi mahluk tuhan paling seksi? Hal ini adalah disebabkan oleh warna baju yg di provide kepada bowlers adalah bewarna putih dan telah menampakkan bahagian-bahagian tertentu yang tidak patut dinyatakan disini.



Opss!! Cuba simpan dulu niat anda utk berfikiran kuning ataupun biru.

Lama gila x menyanyikan lagu SEMSAS. Kononya lagu pembakar semangat la zaman sekolah dulu. Dengan tema ‘Hidup Berjasa’ lagu yang dahulunya dinyanyikan setiap pagi oleh pelajar SEMSAS kini berkumandang menggamatkan suasana Pyramid Megalanes. Lagu ni akan dinyayikan setiap kali sebelum mula game sebagai tanda semangat keSEMSASan dan utk mengenang kembali memori-memori ketika berada di SEMSAS dulu.

Ok. Pendekkan cerita pasal game ni. Macam biasalah. Aq merupakan penyumbang utama kepada ketidakmenangan kitorang dalam game dan dibantu secara sipi-sipi oleh Sue. Kitorang Cuma tidak menang ok. Bukan kalah sebab kitorang bukan di tangga paling bawah. Tapi, tuah ayam nampak dikaki, tuah kami ada pada lucky draw..haha..macam tahun lepas gak bawak balik hamper gak. Tp dukacita tahun ni hamper kami telah dirembat oleh sesorang tanpa rasa bersalah dan segan silunya.

No comments: