February 15, 2011

11.11.10

Entri ni sepatotnya aq tulis 3 bulan lepas. Tapi alasan yang sama la dengan entri sebelum ni..hehe..tarikh diatas pada tahun lepas tu sgt cantik kan..apatah lg kalau tarikh yg sama pada tahun ni..mesti ramai yang bercita-cita dan telah pon merancang utk melansungkan perkahwinan pada tarikh tersebut..

Eh!!!silap2..tersasar sudah..sebenanrye nak cerita menda lain.. ok..pada tarikh di atas, aq telah dikejutkan dgn 1 berita yang sangat dinantikan dan menggembirakan. Seorang lagi hamba Allah Selamat tiba menjengah bumi. Makcik aq yang mengandung pada 9 bulan sebelumnya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yg comel dan sehat dengan kaedah normal.

Bayi seberat 2.9kg tu dilahirkan pada waktu antara 4.00-5.00 petang di Bilik Bersalin Hospital Sungai Buloh Selangor. Seperti sebelumnya, nama utk baby telah dipilih oleh salah seorang sepupu aq. Kali ni lama yang dipilih dalam senanrai adalah SYAZANA AUNI. Kesinambungan kepada nama Kakak kepada baby tu SYAZA IZZATI.

Kini, setelah 3 bulan baby tu semakin membesar sehat dan kuat bagaikan juara..korang semua mesti terkejut dengan tumbesaran dia.sangat comel dan semakin menggeram kan.tarikan aq utk selalu pulang ke kampung nnt..hehe

maka, secara kesimpulanya aq menerima 2 kelahiran pada 11.11.10...my 500D & Syazana Auni


Gambar Auni ketika berumur seminggu di samping kakaknya Syaza(5thun)


Auni 3 bulan selepas itu....

No comments: