September 2, 2010

Agenda Cuti Pre-Raya – Part 1

Khamis-26 Ogos 2010 (Ketibaan YB En.Spidey di Shah Alam)

Encik Spidey tiba tepat pada waktu yang dijangkakan. Molek-molek bas sampai aq pon sampai kt stesen bas tu. Amek En.Spidey dan terus angkut beliau ke Shaz Seafood Pdg. Jawa untuk makan malam aka berbuka puasa round 2. Ini adalah disebabkan beliau hanya sempat berbuka kuih muih saja ketika berada di dalam bas. Sampai je kat restoran tu tiber2 dengan tidak semena-mena perut terasa kenyang. Pelik jugak la sebab xde bisikan2 syaitan yang menghasut hati aq untuk mengoder makanan. (Syaitan kan kene ikat bulan puasa..lupe pulak)

Maka aq hanya lah mengorder air Jus Epal Almari saja mlm tu manakala En.Spidey telah mengorder nasik putih dan tomyam putih campur. Ha!! Pasal Jus Epal ALMARI ni..apsal ada almari?sebab sedap kah?sebab resepi baru kah?? Tidak..tidak sama sekali. Minuman tu aq namakan Jus Epal AALMARI sebab tiap kali aq menyedut minuman tu aq seolah terasa seperti meminum sesuatu yg ada rasa2 mcm kayu2 atau pun dah lama tersimpan dalam almari.ala2 bercampur dengan ubat gegat gitu. Sungguh la memutuskan selera. Ingat aq lipas ape boleh selera minum air rase ubat gegat..OH TIDAK!!!

Jus Epal Laici Perisa ALMARI


Lepas makan kitorg gi la jalan2 keliling kota. Main pusing2 x tau nak g mana. Kesudahannya kitorang drive sampai ke DJ sebab request dr En.Spidey nak tau kat mana office aq. Setelah satu dua round dekat DJ kitorang pon gerak balik la Shah Alam. Kita kasi en.Spidey rehat dulu la kan.dengan baju office x bertukar lagi. Mandi pon belom..haha..aq antar en.spidey ke Jalan Tembakul and aq gerak la balik ke rumah Sue. Borak2 + tidur wat seketika sementara menunggu waktu sahur kerana sudah janji sama en.spidey mahu bersahur bersama.

Sahur pagi tu sgt la mcm x best sebab dh x banyak kedai yg bukak. Kitorang end up makan kat satu kedai mamak ni. Entah ape la rasa makanan tu kan. Sue punya mee goring mamak, aq nasik goreng cina, spidey nasik goreng ntah..x ingat..haha..failed semua 3 3 rasa makanan tu.tp kitorang bedal je la. And sebagai penutup sahur dan nak hilangkan rasa mual2 loya kitorang lepas bedal makanan mamak td tu kitorang terus drive ke KFC berdekatan untuk topup mulut kitorang ni dgn fries n nugget..hamik kooooo.. 2x sahur kitorang pagi tu..

No comments: