September 6, 2010

Agenda Cuti Pre-Raya – Part 5 & 6

Part 5
Isnin - 30 Ogos 2010 (Rawang, Dataran Bluewave)


Jam 8.30 pagi - baru balik dari pasar. bersihkan ikan, n cuci sayur. sediakan bahan2 untuk memasak

Jam 10.00 pagi - berkira-kira untuk tidur. tapi x dapat-dapat. ibu call untuk bertanya perihal cat rumah

Jam 10.30 pagi - masih mengadap laptop sambil berbincang mengenai warna cat bilik tidur.

Jam 10.45 pagi - masih mengadap katalog cat yg telah di download

Jam 11.30 pagi - berasa hairan en.spidey belum menelepon. barangkali beliau sedang tidur lagi.

Jam 12.00 tgh hari - terpaksa mengejutkan beliau kerana perlu bergerak segera ke rawang

Jam 2.00 ptg - gerak ke Plaza masalam untuk hantar seluar untuk ganti zip,button & potong. Juga membeli kad raya..bohong sunat kt spidey kata masih bersiap.

Jam 3.00 ptg - Shah Alam dah jam??? pelik sungguh..tapi benar. bergegas mengambil Spidey.

Jam 3.30 ptg - bertolak ke Rawang. Spidey drive sbb aq punye mata dah x boleh nak bukak. tidur dengan nyenyak nye berbantalkan donkey. spidey drive dlm hujan lebat.

Jam 4.15 ptg - sedar2 dah sampai exit Bukit Beruntung. Terus gi umah ciknoi. hanar barang. borak2 dalam 10 minit & spidey sempat cek PC cousin.

Jam 4.30 ptg - sampai di bazar Ramadhan. cari lokasi gerai Roti John PakTam. Dok borak2 sambil tggu Paktam bakar roti. Ronda2 bazar cari Jelly kelapa.beli sikit makanan untuk Paktam n Atam dan amek 3 plastik roti john.

Jam 5.30 ptg - gerak ke umah acu di Sg.Buaya. solat asar. spidey meneruskan niat asal untuk test kerosakan PC zaid. main2 dgn dekya smbil tggu waktu berbuka.

Jam 9.00 mlm - bertolak balik ke S.alam.

Jam 9.30 mlm - Janji temu dgn Ili. amek dia di Puri Aiyu. melepak jap kat McD seksyn 9. sebab kitorang dah bukan student. McD sksyn 3 xnak terima kitorang.saje boikot parking penuh keta student. Spidey langsaikan janji pd Ili. 1 set of GCB..

Jam 11.00 mlm - balik Puri Aiyu. Ili pulak balik terus ke Subang. Cuba lelapkan mata. memang terus terlelap.

Jam 2.30 pg - Spidey kejut. tapi selamba terlajak bangun pukul 2.45. bukak mata luas2 untuk memasak makanan sahur. sangat gigih kan..hahaha

Jam 3.45pg - Spidey sampai dan bergerak ke Dataran Bluewave.

Jam 4.00 pg - ramai orang sebab myb lpas countdown merdeka terus lepak situ. dok borak2 sambil mata x brape bukak lagi. kasi spidey main gitar satu dua lagu bagi ini mata celik skit. lepas tu tambah lagi request lagu..hahaha..buli..buli..

Jam 5.00 pg - baru bukak bekalan makanan tetibe dgr kt masjid dah azan. cuak seketika. berkali2 tgk jam. betul baru pukul 5.lps tu baru teringat yang tu azan kejut sahur. ape lagi..makan la kan.

Jam 5.30 pg - siap makan.kemas2 buang sampah semua. spidey hantar balik. lepas solat subuh, terusla terido x sedar ape. sedar2 ili ada kat umah.

Part 6
Selasa - 31 Ogos 2010 (Merdeka, Subang Parade)

Jam 10.00 pg - masih membuta kot (x senonoh betul)

Jam 11.00 pg - Spidey didenda menghantar cuci kereta (xdela.mintak tolong je kan)

Jam 12.00 tgh hr - menuju ke Jusco Bkt Raja sekali lg. dpt baucer jusco RM100 dr cik noi.bkn untuk berbelanje sukahati ye. tapi kena tolong belikan baju raya untuk Cikmat. abesla....settle kat Bkt Raja dlm pukul 3.

Jam 3.00 ptg - nak gerak ke alam sentral.skali ko jalan jam x henggat.tukar plan.masuk federal balik gerak ke Subang Parade.gi subang parade sbnrnye satu tujuan je. nak gi Red Modani. tgk jam dah pkol 4. sampai je terus reserve tempat buka. bagi 1 round then solat asar.then tambah round lg. tibe2 terlalu kat Parkson Extreme Warehouse Sale. masuk dalam pusing2.sale abes. tambah sehelai lg baju utk ayah n along.

Jam 5.30 ptg - masa masih panjang. kasi tawaf lagi Subang Parade. end up beli 1 pair dkt red modani.

Jam 6.45 ptg - kaki dah letih. terus ke tempat makan.

Jam 7.45 ptg - keluar dr subang parade. gerak ke stesen petronas kat tepi federal. maghrib kt situ.

Jam 8.30 mlm - ke alam sentral. sebab nak tukar roll keypad.x best guna. last2 tukar dengan headpgone sonicgear n beli mini keyboard kat kedai lain.

see..i fixed it..keyboard laptop rosak.attach dgn extension mini keyboard.






Jam 11.00 mlm - gerak ke Pelita untuk bersahur. lepak2 dulu borak2 sampai pukul 12 baru amek nasik.

Jam 12.05 am - terima sms pertama dr Ili wish birthday.dapat kad.makan sambil reply sms.

Jam 12.30 pg - hantar spidey balik.ni malam last.esok sudah kena kerja.

No comments: