Jumaat – 27 Ogos 2010 (Baju Raya Hunting Session + Intekma)
Hunting session kitorang start lepas semayang Jumaat sebabnya en.spidey harusla menunaikan Solat Jumaat dulu. Walaupun dia dah jatuh ketegori musafir, tapi punyala banyak kan masjid2 kat shah alam ni. Maka beliau kenalah gi sembahyang Jumaat. Lagipon yang ianya aq punya mata bukan main payah benor nak buka pagi tu. Ater ko dah tido lepas sahur je..mau x mencanak nak celik kan mata ni.
Pukul 2.30 gi jemput en.spidey lepas t uterus kitorang head ke PKNS. Mana lagi nak tuju kan. Situ sah-sah dah berlambak orang jual kain baju. Dalam PKNS ya rabbi!! Hazabnya la kan..mcm berenang dalam lautan manusia. Punyala ramai orang. Tapi kitorang gagahkan gak la diri ni. Tahun ni dalam kepala aq nak sangat2 colour turquoise. So aq scanning yang colour turquoise je la kan. Pusing punya pusing x jugak dapat. Ada design dah cantik, saiz pulak x kena. Ada tu design kat leher dah berkenan, tapi ada pulok beading2 kat bawah baju..x berkenan sungguh. Hampir2 give up la. Give up dah pun sebenarnye. Asik x da saiz je kan. Ni payoh kalo ketegori saiz S (baju kurung saje ye) ni. Susah benor nak beli baju time raya. Last2 tu bila rase nak balik dah ternampak la satu baju ni tergantung. Molek benor dah la design nya. Tapi masa tu ramai pulak la yang dok try baju tu. Dalam hati ‘alamak, nanti sama la baju dengan orang tu’. Tapi bila piker balik..’la..ada aq keah?? Bukan nya aq kenal pon orang tu. Bukan nak beraya umah dia pon nanti’. So aq pon try la. Try2 memamg sedang molek. Saiz, colour, design semua berkenan di hati. Tp dalam pada tu dok tanya gak la kan harga dia berapa.takot la gak mahal kang x mampu pulak. So bila dah tanya harga dan rasa berbaloi kitorg pon membuat bayaran. Terus mood nak membeli dating kembali.
Tengok masa ada lagi ni sebelum nak berbuka. Kitorang terus kan dengan pencarian baju melayu en.spidey pulak. Ha!! Yang ni melampo senang la kan. 1 round settle. Masuk 1 booth, try 1 baju je. Terus beli. Ye! Baju lelaki design dia xda pelik2 jadi xde la pening2 nak mencari.
Hasil buruan di PKNS
Kitorang sambung sikit lagi dengan mencarik butang baju melayu. Lepas tu terus la kitorang gerak balik untuk solat Asar & bersiap nak ke Intekma.
En.Spidey telah berbesar hati untuk membelanja aq & dirinya sendiri berbuka di Intekma. Makanan ok. Best. Sedap. Two thumbs up!! Sebelum masuk berbuka ada tazkirah@ceramah ringkas drpd Ustaz Jemputan. Kaunter bayaran zakat pon ada diorang sediakan untuk siapa2 yang nak bayar zakat. Kitorang dapat meja betul2 kat tepi pool. Best la..angin sepoi2. Lepas tu ada pulak DJ serba boleh. Macam2 lagu dia nyanyi masa orang tengah makan. Kelakar pon ada. Tetamu pon boleh naik stage nyanyi or nyanyi dr meja sendiri. Boleh gak wat dedication lagu kat sape2. Dekat sini surau memang disediakan. Ok la.boleh tahan selesa. Cuma mungkin hadirin terlalu ramai. Macam x muat pulak nak tamping jemaah dalam satu masa.
Kambing Remp-it
Ececeh...
Lepas siap makan dalam pukul 9.30 dapat sms dr leeya ajak join diorang lepak kat Rasta TTDI. En.Spidey setuju so kitorang gerak amek diorang and terus ke sana. Rasta TTDI rupanya terleak berdepan dengan Restoran ***ri dalam entry Ili sebelum ni. Kitorang kata sana setakat borak and makan2 je..(makan lagi...haish!!)
Ternampak pelakon separa terkenal I*qram DinZ*ly dekat Rasta tu. Serabut sikit sebab dah ada misai segala. Tapi cam x berkenan je awek-awek yang semeja dengan dia tu. Asap berkepul sana sini..rosak..rosak..
Pkol 1 gerak balik rumah nak kena tidur sebab esok juga ada agenda.
No comments:
Post a Comment