September 5, 2010

Agenda Cuti Pre-Raya – Part 4

29 Ogos 2010 – Shopping with Dekwan & Nasi Ayam Kampung

Lepas balik dr Bangi malam tu semua stay overnite kat umah Puri Aiyu. Planning nak buat pillowtalk. Tapi masing2 mata dah separuh terpejam. Makanya cakap ngn bantal masing2 je la kan. Eah & Usyi balik terus ke rumah masing2 sbb diorang ada agenda sendiri awal pg tu.

Pagi tu, kitorang bermalas-malasan lagi.sekali ema dah bangun sebab dia nak siap2 balik Temerloh. Sue lpas piker 4 5 kali (45x kot dia piker) dia ikut ema balik Temerloh. Maka tinggal lah aq, Leeya & Asz. Bermalasan lagi. Aq pulak nak kena amek Dekwan utk bawak dia keluar beli seluar raya. Dah jadi rutin tahunan setiap kali raya kena bawak budak kecik ni shopping. Disebabkan nak kena amek dekwan sebelum pukul 12, so aq pon siap2 la cepat and terus gi amek dia. Leeya & Asz aq biar dulu diorang siap2. Lepas tu balik semula Puri Aiyu amek Asz & Leeya.nak kena hantar Asz ke komuter and Leeya ke Umah Idah sbb dia tumpang Eah balik kuantan. Drop asz kt KTM.lpas tu gi amek Spidey. Since eah x sampai2 lagi Shah Alam dr Ukay, so kitorang gerak dulu gi Bukit Raja.Sempat beli seluar and socks dekwan, Eah call ckp dah sampai.tinggalkan dekwan kt Bukit Raja & hantar leeya. Kenala babai2 leeya & Eah.

Petang tu kitorang berbuka kt Restoran Ayam Kampung.Restoran fevered aq gak la.bulan x puasa boleh kata almost weekend aq carik nasik kat sini. Menu aq makan setiap kali dating sini pon sama je.

Ayam Kampung Goreng

Dalca Terung


Sambal Belacan

Bendi rebus

Sepanjang bulan puasa ni aq dok carik kuih cek mek molek. X jumpa2. Makcik aq cakap orang Kelantan je buat kuih tu. Sekali arini aq dapat kat restoran ni.sebab restoran Kelantan. Rezeki..rezeki..siap boleh tapau free lg lpas berbuka tu..



Lepas buka hantar dekwan ke Masjid Negeri sebab dia ada program kat sana. Kitorang pon balik terus la. Tapi pagi tu pukul 3 keluar semula untuk bersahur kat pelita..ayam goreng gak lagi...berat ni..berat...

Lepas Sahur kitorang gerak ke pasar membeli barangan basah..best rupanya gi pasar pepagi ni..haha



No comments: