November 8, 2010

Cream Cheese Cake


Hai kawan-kawan. Hari ni kita akan mempelajari cara-cara untuk membuat kek yang namanya seperti diatas. (wah..dah macam rancangan kanak-kanak pintar yg kt tv1 tv2 tu dah pulak)

Sempenan cuti Deepavali baru-baru ni aq berkesempatan balik ke mentakab rumah mak ayah aq. Cuti 3 hari kan. Rugi la x balik.lgpon aritu bulan 11 xbalik pun. Masa balik cuti tu sempat la aq belajar cara-cara buat kek ni dari adik lelaki aq. Ye.adik lelaki saya belajar buat kek ye. Pelajar jurusan Sijil Bakery & Confectionary di Kolej Komuniti Ledang.

Tapi kan sebenanrye xdela belajar pon. Sebab adik aq tidur di saat aq memulakan proses membuat kek tu. Penat sgt kot buat kek kt bengkel.(dia dlm tempoh latihan praktikal di sebuah bengkel kek berdekatan). Berbekalkan resepi tulisan tangan beliau yg macam cacing kerawit tu aq pon pandai-pandai la wat kek tu. Beliau hanya muncul setelah kek tu hamper siap diadun. Tu pun agaknya setelah tidak boleh lagi tidur kerana kakak dia yg sorang ni kejap2 masuk bilik dia tanya macam-macam.



Bahan-bahannya adalah seperti berikut:

-250g tepung gandum
-250g gula kastor
-200g mentega
-200 cream cheese
-5 biji telur
-1 sudu teh baking powder (rupanya mmg ade penyukat khas utk sukat quantity sudu2 ni)

Step-step nak wat kek ni adalah seperti berikut:


1.Ayak tepung bersama baking powder td. Ayakan harusla dilakukan sebanyak 3 kali supaya kehalusan tepung tu mencapai tahap piawaian yang sepatutnya

2.Dalam mangkuk besar,(xpayah besar sgt la.pakai mangkuk mixer tu la maksudnya kan).pukul mentega, cream cheese dan gula kastor td sampai kembang dan berwarna putih..




3.Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Putar adunan setiap kali memasukkan telur.

4.Setelah semua telur dimasukkan, pukul lagi agak lama skit sehingga adunan memutih dan anggun. (kenapa anggun pon aq xtau..aq nmpak tulisan dia macam tu. Jd aq baca anggun)..haha





5. Kemudian, masukkan tepung gandum dan gauh ke satu arah sahaja sehingga sebati



6. Kemudian boleh la pindahkan ke dalam dulang kek utk dibakar





7. Sila baka pd suhu 180°C, api atas bawah ye.jangan lupa panaskan dulu oven sebelum tu ye.bakar dalam 30-40 minit cmtu la.

8. Bila dah masak, buka pintu oven dan biarkan seketika.agak-agak dah sejuk masukkan tanggan anda dan bawa keluar dulang kek td. Sila guna sarung tangan tebal ataupun gunakan pengepit dulang ye. Jangan budget kebal main pegang gitu je..








Dah siap..boleh la dijadikan hidangan petang atau pun dikirimkan kepada si dia utk mengambil hatinya..haha

5 comments:

Khazliqah Nordin said...

hahaha... paie, ko mesti buat ni, utk kekasih hati ko kan? kan? sampai hati, tak bagi aku rase dulu! kecik ati aku.haha

aLynNzAmri said...

alarh2...dtg sini dlu..baru paie wat...tp die kena beli oven dlu ar nmpknyer..hahahahah

Lidahkukelu said...

haha..xde la babe..tetibe ade mood nak belajar dr adik aq. boring tgk dapur ke 2 kat umah aq tu jarang utilise.maklumla dapur tu utk 2 ord chef to be kat umah tu. aq blom kuar lg resepi roti tocang aq..ko tggu ek..hehe..

p/s:kek tu mcm byk tepung je..boleh tercekik or makan.nnt aq dh pandai wat aq pos g johor ok..

spideyrex said...

nice cake :)

Lidahkukelu said...

i knew it..haha..thanx :)