kenapa??
kenapa??
aq rasa x seronok kerja. rasa rindu kat rumah je. kat office mcm xda buat apa-apa. asyik dok belek-belek website. jumpa pulak tu website novel online. dah melekat kat situ. hati lansung xda nak buat kerja. workstation kat office mmg sgt strategik. terlindung dari penglihatan orang lain. mata memang la asyik melekat dekat penulisan2u.my. sampai terjebak membeli novel lagi secara online. 2 buah pulak tu. padahal semalam baru je membeli sebuah novel. baru abes beberapa bab saja. tapi x pela. harga belian online lebih murah berbanding di MPH. penghantaran percuma pula.
lagipon membaca kan jambatan ilmu. walaupun ada yang mungkin x dapat faham ilmu apa yang aq boleh dapat dari baca novel camtu.
memang waktu-waktu tengah bulan camni aq x banyak kerja kat office. kira macam tempoh bertenang aq la. tapi kali ni rasa dia macam nak menginjak ke tempoh bersara pulak dah. tapi aq nak buat apa kalau x jadi Qs. Jual cucur udang? jual samosa? haha..laku ke kalo aq jual? aq memang la rasa sedap je tapi orang yang nak beli tu..sekali lansung x boleh nak masuk tekak diorang. sapa nak jawab. kang sehari je menjual terus bungkus lipat gerai. lansung x balik modal. xpayah la. ngentikan je la angan2 tu. dok je diam-diam kat office ni ha.
kadang-kadang kita semua ada cita-cita & angan-angan yang tinggi yg dah tersedia tertanam dihati. tapi kadang-kadang semua tu kita boleh lupakan dalam sekelip mata saja tanpa ada siapa-siapa mahupun apa-apa situasi yang memaksa. cuma rasa tu datang dengan sendiri. seolah-olah semua tu sudah x diperlukan lagi. lantas pada ketika tu hati kita lansung tidak mempersoalkannya malah tidak lansung mencuba untuk mempertahankannya. kita lebih tegar merelakan saja.
rasa bosan, boring, jemu, semuanya membawa maksud yang sama cuma mungkin cara penguraian nya saja berbeza mengikut situasi. kenapa rasa-rasa tu boleh muncul dalam diri kita? ha!! tu yang kita x tau tu. mungkin kita kurang bersyukur. sebab tu la timbul perasaan begitu. jadi, kesimpulanya belajar la bersyukur. sebagai contoh, baca la doa selepas makan. itu tandanya kita bersyukur dengan rezeki yang telah dikurniakan kepada kita. paling tidak pon setidak-tidaknya ucaplah Alhamdulillah. itu sudah memadai.
p/s: aq sendiri x faham apa yang aq cuba sampaikan. barangkali jari jemari aq menari lebih rancak dari melodi yang sedang bermain di dalam mindaku.
1 comment:
terima kasih sebab keep support saya dari segi semangat. i love u
Post a Comment